UMNO dan BN atau sinonimnya UBN gagal memenuhi aspirasi rakyat dan semakin menuju zaman kepupusannya. Rakyat yakin dan penuh percaya dan PRU yang lepas boleh dijadikan kayu pengukur betapa UBN kini semakin lemah dan goyah.
Kemampuan UBN memerintah negara semakin dipertikaikan setelah gagal menangani skandal PKFZ, kenaikan harga mintak, kemelesetan ekonomi global, krisis politik di Perak, PPSMI, pengambilalihan air di Selangor, 10 subjek dalam SPM dan banyak lagi. Polisi-polisi yang dilaksanakan oleh UBN pula dilihat dilakukan secara tergesa-gesa dan kurang cerdik seperti PPSMI dan 10 subjek dalam SPM. Ada juga yang dilaksanakan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan lebih memihak kepada golongan korporat seperti pengambilalihan air di Selangor.
UMNO yang terdorong untuk mempertahankan hegemoni dan kroninya cuba mencari talian hayat dengan ayat-ayat manis dan power bagi memikat hati rakan-rakan melayunya dalam PAS dan PKR. Gula-gula kerajaan perpaduan diharapkan dapat membuka ruang kepada kerjasama atau usahasama untuk agenda perpaduan Melayu sedangkan ramai yang melihatnya sebagai memperkukuhkan UMNO. Ramai yang tertanya-tanya jika usaha ini gagal, apakah UMNO akan meminda perlembagaan partinya dan membuka keahlian kepada semua, sama-sama kita tunggu dan lihat.
Perpaduan nampak sedap tapi pedas bagi Melayu PAS dan PKR kerana sebelum ini merasakan mereka dianiaya oleh rakan sebangsa dalam UMNO.
Ketika UMNO tumbang di Kelantan, hutang piutang yang ditinggalkan bukan setakat satu untuk kau dan satu untuk aku tapi lebih lagi sehingga mencecah hampir RM 1 bilion. Beban yang terpaksa ditanggung oleh TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan yang baru. Ada sumber yang menyatakan, Kelantan satu-satunya negeri yang terpaksa hutang dengan interest 1% kepada kerajaan pusat. Dahlah hutang dibuat oleh UBN, PAS pulak yang kena bayar sipa interest 1%.
Geran perkapita pula sengaja dilewat-lewatkan pemberiannya oleh kerajaan pusat dan kita semua boleh agak tindakan ini untuk menyusahkan kerajaan negeri PAS Kelantan. Walaupun Kelantan diakui sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak tapi kerajaan pusat tidak pernah memberikan royalti minyak yang dianggarkan mencecah RM1 bilion.
Itulah nasib yang diterima oleh Rakyat Kelantan kerana mengundi PAS dan barangkali itulah hukuman yang perlu diterima.
Di Terengganu, ketika PAS memerintah, pemberian royalti minyak bernilai lebih RM 1 bilion ditarik semula kerana bimbang dengan kebijaksanaan pemimpin PAS membelanjakan wang royalti itu untuk kepentingan negeri dan rakyat. Penyokong PAS di Terengganu melihat idea ini dilontarkan oleh bekas MB Terengganu, Idris Jusoh.
Itulah nasib yang diterima oleh Melayu Terengganu kerana mengundi PAS yang ketika itu baru sahaja menghapuskan bayaran tol dan cukai pintu.
Di Kedah, hutang yang ditinggalkan UBN cukup banyak. Kalau semua rakyat Kedah setuju bayar hutang Kedah guna duit poket sendiri, setiap seorang kena bayar RM11 ribu. Hutang UBN ketika meninggalkan Kedah dianggarkan melebihi RM1 bilion lebih. Pointernya tok tak ingat.
Itulah Melayu UMNO yang lupa bangsa sendiri ketika kemaruk kuasa tapi bila hilang kuasa tak dapek den nak kobarkan. Lu pikirlah sendiri.
Kakitangan awam yang menyokong pembangkang juga dapat saham ditukarkan ke pedalaman serta-merta atau notis 24 jam. Biasiswa ditarik dan macam-macam lagi penganiayaan diberikan untuk menyusahkan penyokong pembangkang khususnya Melayu PAS dan PKR. Melayu UMNO memang dah lupa tapi Melayu PAS dan PKR susah nak lupa. Dahlah tak minta maaf senang-senang je ajak bicara pasal perpaduan. macam nak ajak pegi tengok wayang je.
Di Pulau Pinang dan Selangor pula masalah yang dibuat UBN diserahkan kepada kerajaan negeri PR seperti kandang babi dan pengambilalihan air di Selangor dan kampung buah Pala di Pulau Pinang.
Rakyat dah hilang kepercayaan kepada UBN dan tak heranlah ketika PRU yang lepas calon-calon bidang terjun yang diletakkan oleh PR boleh menumbangkan calon bertaraf menteri UBN. Calon Bebas pun boleh menang seperti yang berlaku di Dun Bukit Selambau, Kedah.
Percaya atau tidak ketika ini UBN memerlukan talian hayat daripada melayu dalam PAS dan PKR yang satu ketika dulu dianiaya teruk oleh mereka dan ketika ini giat mempromosikan kerajaan perpaduan.
Percaya atau tidak ketika ini PR adalah pilihan terbaik rakyat untuk menumbangkan UBN. PR masih baru dan di sinilah terletaknya kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PR untuk memenuhi aspirasi rakyat memerintah negara ini dengan suasana harmoni, toleransi dan mesra rakyat.
Tok akhiri komentar tok dengan satu soalan ke manakah wang keuntungan Petronas yang setiap tahun diperolehi dan dianggarkan melebihi puluhan bilion ringgit dibelanjakan dan berapakah simpanan dan asetnya ketika ini.
Usah khianati kepercayaan rakyat hanya untuk menjadi menteri atau dikaburi wang ringgit. Perlukah kita menunggu 50 tahun lagi melihat UBN berjaya ditumbangkan.
Komen Gheba kecik : Terbawa2 perangai pembangkang maklumlah dah 50 tahun dok jadi pembangkang sehingga terlupa yang PAS,PKR dan DAP atas nama PAKATAN RAKYAT perintah Kedah.Ingat Mahathir sorang saja rupanya cina pun mudah lupa juga.Ataupun dah sebati dengan selogan LAWAN TETAP LAWAN, bila umno/bn kalah lawan sesama sendiri pula. ADA AKAI KA............