Manik Urai : Patut pun Ust Nasa takdak masa penamaan calon | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 09, 2009

Manik Urai : Patut pun Ust Nasa takdak masa penamaan calon

Alhamdullillah, akhirnya keluar jugak berita pasai 'uzur syarie' Ust Nasa. Jangan pulak ada yang salah faham kata aku seronok Ust Nasa sakit, dak langsung bahkan aku tumpang bersedih, pasai bila Ust Nasa sakit, proses 'damage control' kesan isu UG jadi lambat.

mStar melaporkan
"Tetapi beliau tidak ke Manek Urai bukan kerana keputusan itu tetapi kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini," katanya sumber itu kepada mStar Online1.

mStar juga melaporkan
Dalam satu pesanan ringkas balas daripada telefon bimbit ahli Parlimen Bachok itu kepada The Star Online, isterinya mengesahkan Nasharudin berada di hospital.

Sementara itu, wartawan mStar Online melaporkan sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.2

Lagi cantik bila keluar kenyataan
Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.

"Dia akan berceramah dengan Tok Guru Nik Aziz," katanya kepada Malaysiakini hari ini apabila diminta mengulas kemungkinan Nasharuddin turun berkempen setelah tidak muncul sejak hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN itu, Isnin lalu.3

Harap² semuanya berjalan lancar dan aku harap sangat Ust Nasa pandai bawa diri. Bukan nak nasihat ka apa, cuma berdoa moga² PR dia 'canti' masa di Manik Urai, terutama sekali bila bergaul dengan pimpinan PAS Kelantan yang mungkin masih terguris hari pasai isu UG.

Harap² dia tak guna kaedah macam yang Dr. Wahab tulis dalam blog dia
Maksudnya, kehadiran beliau ke Manek Urai tidak perlu dijemput oleh PAS Manek Urai, tidak perlu diluluskan oleh PAS Kelantan dan tidak boleh dihalang oleh sesiapa kecuali Presiden.

Maksudnya juga, beliau boleh dan berhak kemana sahaja menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Kerana beliau lebih tinggi dari mana-mana pemimpin kawasan, malah lebih besar dari PJ negeri-negeri.4

Memang la betui apa yang Dr. Wahab tulis tu tapi PR kena jaga, pasai bersangkut dengan petugas sukarela, bukan pekerja yang kita bayar gaji.

  1. Nasharuddin ditahan di Hospital Serdang, kempen calon PAS Sabtu
  2. Nasharudin turun kempen bantu PAS di Manek Urai esok
  3. Nasha, Nik Aziz kongsi pentas di MU
  4. Manek Urai: Nasharuddin Tetap Kempen
  5. Nasharudin Jalani Pembedahan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...