Isu Kedah : Depa ingat senang jadi MB PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 10, 2009

Isu Kedah : Depa ingat senang jadi MB PAS?

Dulu masa awai-awai Kedah PAS perintah, tak berapa nak dengar cerita sensasi pasai kedah. Bila masuk tahun pertama lagi laa 'teggelam' cerita Kedah angkara kudeta di Perak, semua orang dok pandang kat Perak sampai aku pun hampir-hampir lupa Kedah pun bukan BN yang perintah.

Masa ada ada member siap kata, aku tak tau la betui ka dak tapi dia kata Ust Azizan sampai naik cemburu, takdak sapa ambik tau pasai Kedah, langsung tak masuk paper, pasai tu la Ust Azizan tba-tiba kata nak tebang balak kat hutan simpan tu, siap plan nak guna helikopter lagi, lepas tu tukar kata nak guna gajah pulak. Dan la sibuk sat pasai Kedah tapi sat ja la.

Bila jadi kes Bukit Selambau, orang tengok balik sat, tapi bila habih PRK Bukit Selambau, orang buat tak heran balik.


Tapi la ni bila isu krisis Perak makin sejuk, mula la nama Kedah pulak top. Bila timbui isu babi lagi la, hari-hari masuk paper, masuk TV, semua orang beralih tengok ke Kedah pulak.

Bila timbui cerita kata Umno rancang nak rampas Kedah macam rampas Perak ramai yang terkejut walaupun sebenarnya cerita tu dah lama dah.

La ni nampaknya dah semakin ramai yang mula nak serang MB Kedah. Ramai yang mula kata Ust Azizan jenih tak boleh pakai, jenis sombong tak dengar kata. Aku tak la nak bela taktau punca tapi aku simpati kat Ust Azizan sebenarnya, memang banyak benda dia kena buat nak bagi Kedah jadi elok, banyak sangat sampai nampak dia terlalu pelan buat kerja.

Apapun aku respek dengan Ust Azizan ni pasai dia masih boleh bertahan, masih mampu selesai masalah. Walaupun diasak keliling, dia masih berjaya bertahan, walaupun dia pada aku tak boleh takat bertahan tapi dia kena mula menyerang.

Nak tengok susah ka senang jadi MB PAS ni apa kata baca blog moniermatdin ni. Ada dua kisah yang menarik untuk difikir betapa payahnya jadi MB PAS ni. Aku copy paste sikit sedutan cerita tu.

Kisah 1.
Baru kejap tadi, waktu saya tengah dok kemas-kemas nak update blog bisness adik saya sorang tu, ada memba sms mai. Nama dia Apit, dok buat bendang di Paya Ketiau Padang Serai. Apit tulis:

"Kedah Sejahtera! Pdg Serai meraikan pembukaan Pusat Karaoke yang ke5. Kedai ekoq haram pun dah lebih dr jari tangan hanpa. Selamat Datang ke Kedah DarulMaksiat!"

Saya pun tak tau apa yg Apit marah sangat, mungkin sebab Apit ni anak jati Pekan Padang Serai kot, arwah pak dia, arwah tok dia nyang dia anak jati pdg serai; dulu 10 tahun lepas waktu saya mula pindah mai duduk Pdg Serai lari dari Pulau Pinang nu - Padang Serai waktu tu tak sesibuk sekarang.

Dlm USRAH kami tu, boleh kata dari mola sampai habis depa dok cerita bab tak puas hati dgn isu mcm dlm SMS Apit tadi tu.

Saya pun tak tau nak kata apa, sbb saya ni pendidikan sekular, Apit dgn Paklong dan ustaz-ustaz dlm USRAH kami tu memang beranak-beranak dah dlm PAS dah, jiwa depa cukup mudah tersentuh bila org dok buat main-main dgn bab amar makruf nahi mungkar ni. Cumanya nak habag, saya rasa kalau ada YB PAS ka MB ka dlm USRAH mlm tu, mau boleh kena penendang dengan depa-depa ni, nak habag kata memang marah dan membara sungguh geng-geng PAS Pdg Serai dlm perkara ini.


Kisah 2

"You tengoklah sendiri, apa dah jadi dgn negeri Kedah ni bila PAS merintah. Pelabur (bisnessmen) tak berani mai, those yg mai dari KL, depa turun berenti takat Penang saja. Depa takut nak mai; bisness jadi slow"

Pasal apa?

"You tengoklah kat shopping compleks ni, kat tkk 4 tu (pusat karoeke dgn geng2 muda couple etc), hari tu Majlis Agama ka apa sudah mai serbu. Kita tak kisah sebab religous duty depa mai serbu tapi effect dia? org jadi takut nak mai sini, bisness affected, bla bla bla.....I habag kat youlah, silaplah kita pilih PAS, PRU13 nanti mesti BN dapat balik punya....bla bla bla.."

Panjang lagi dia cerita versi org bukan Melayu (kaum bisness) mengenai kjaan PAS di Kedah ni khususnya MB kita. Antara yg sempat saya ingat, kawan saya ni kata:

"PAS ini bagus jadi pembangkang.....tapi pembangkang bab Agama saja lah, bab lain bab ekonomi apa-apa tak boleh pakai!" or lebih kurang mcm tu ayat dia.

Tu baru 2 cerita, tak masuk lagi bab PAS Kawasan tak puas hati, muslimat tak puas hati, Pemuda tak puas hati, ADUN tak puas hati.

Tak masuk lagi masalah dengan kakitangan kerajaan negeri yang macam jebon,macam malaun.

Tak masuk lagi nak kena perati jugak ADUN DAP dan PKR yang macam-macam karenah. Kalau tengok kerja jahat Umno main lagi laa...

Tapi bukan maksud aku tak boleh 'belasah' Ust Azizan, aku pun akan belasah jugak, pasainya pada aku memang pun tu salah satu tugas penting bloggers yang sokong Pakatan Rakyat, kena jadi 'pemantau' tak berlesen kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Artikel rujukan
  1. Kedah La Ni: Teruk Jugak Jadi MB




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...