UG (dgn Umno?) : Apa pilihan Presiden ada | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 13, 2009

UG (dgn Umno?) : Apa pilihan Presiden ada

Nampak gayanya isu Kerajaan Perpaduan ni tak nampak nak reda dalam masa terdekat. Walaupun ada arahan supaya semua berenti bercakap pasai isu ni tapi Tg Nik Aziz cepat pulak komen.

Pada tahap la ni tak kira saa pun yang cuba nak rasionalkan berkenaan idea Kerajaan Perpaduan ni, orang payah nak terima. Penjelasan TG Hj Hadi sendiri sebagai pPresiden PAS pun orang tak terima.

Ust Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi pun bila cuba merasionalkan idea ni tak berjaya bagi orang terima idea ni, bukan setakat tak terima, yang kutuk dia pun ada.

Jadinya apa pilihan yang Presiden PAS ada?

Pada aku, Presiden PAS mensia-sia kan peluang yang ada. Kalaulah Presiden dengan 'nasihat' 2 Naib Presiden yang cadangkan Mad Sabu dan Husam dilantik sebagai ahli Dewan Harian, aku cukup yakin isu ni akan reda.

Sekurang-kurangnya boleh bagi balik kepercayaan kepada PAS pasai suara yang menentang Kerajaan Perpaduan turut ada dalam Dewan Harian, jawatankuasa ekslusif di peringkat pusat yang boleh menentukan perjalanan PAS.

Lepas tu pulak, adakan mesyuarat khas berkenaan isu Kerajaan Perpaduan ni dan lepas tu buat kenyataan akhbar dengan Husam dan Mad Sabu turut bagi penerangan berkenaan isu tu. Aku yakin isu tu senang-senang boleh reda dan sokongan kepada PAS akan kembali macam sebelum ni.

Masalahnya Presiden bukan takat tak terima nasihat 2 Naib Presiden tu tapi lebih malang lagi telah melantik Mustafa Ali jadi Setiausaha Agung, yang aku cukup yakin adalah mastermind idea mengarut ni.

Tah macamana rupa keadaan mesyuarat tu aku taktau tapi aku rasa mesyuarat hari tu memang hangat. Nasib baik pimpinan PAS masih wala' dengan konsep rahsia mesyuarat dan aku belum dengar cerita dalaman masa mesyuarat tu, walaupun aku cuba-cuba korek dari informer dalaman.

Pada aku isyarat dari lantikan 'tu' sangat jelas. Bagi orang-orang macam aku yang sejak mula tak setuju dengan idea Kerajaan Perpaduan ni, sangat kecewa.

Dengan melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung, masalah jadi semakin rumit. Maca-macam 'cerita' lain akan timbul dan pelutu untuk golongan penentang Kerajaan Perpaduan jadi semakin banyak dan aku cukup risau kerosakan akan jadi lebih teruk.

Memang Presiden masih ada banyak pilihan lepas ni untuk atasi masalah hasil dari idea mengarut ni. Aku sangat-sangat berharap 'senjata munajat' TG Presiden kali ni benar² ampuh pasainya pada aku hanya 'senjata' tu ja yang tinggai lagi.

Aku tak tau berapa lama pulak masa yang PAS perlukan untuk membaiki kerosakan ni, dan yang paling aku takut, berapa harga yang perlu PAS bayar akibat dari idea mengarut ni.

Kalau tanya aku apa pilihan yang Presiden ada, jawapan aku masih sama, apa cara pun kena lantik Mad Sabu dan Husam ke dalam Dewan Harian dan tambah satu lagi, kena buang Mustafa Ali dari dalam Dewan Harian, lepas tu bermesyuaratlah, insyaallah. Aku langsung tak bermaksud Mad Sabu dan Husam hebat, dak, depa tak hebar mana pun tapi buat masa ni, suara depa berdua boleh mewakili.

Sekali lagi, hamba mohon sembah derhaka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...