PRKN41(P31) Manik Urai : Tokey Getah Kempunan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 29, 2009

PRKN41(P31) Manik Urai : Tokey Getah Kempunan

Nampak gayanya takdak peluang kali ni kita nak tengok tokey ikan lawan dengan tokey di Manik Urai.

Macam ramai yang ramal, sah tokey ikan, Hj Fauzi Abdullah jadi calon PAS, tapi ramalan tokey getah Che Jalal Muda bakal jadi calon Umno meleset. Katanya tiba-tiba ja boleh tukar, Tuan Aziz Tuan Mat. Nak tau pasai apa boleh tukar kena tanya Perisik Rakyat. Boleh baca kat blog dia kat sini.

Utusan melaporkan
KOTA BHARU 28 Jun - Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

"Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

Nampak gayanya isu 'kelulusan' mungkin jadi mainan utama Umno bab isu calon. Aku taktau takat mana 'kelulusan' calon PAS tapi utusan bagitau calon Umno lulus UTM.

Yang menariknya belum apa² lagi utusan dah melaporkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas cuba mencetuskan keraguan kononnya UMNO tidak berpadu dengan memberikan gambaran bahawa wujudnya 'cah keting' dalam proses pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, dakwaan Pas itu adalah perang psikologi yang dicetuskannya pada pilihan raya kecil berkenaan kerana mereka ketandusan isu.

Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN mendapat sokongan padu setiap anggota UMNO di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi dan ia tidak harus diragui.

"Itu anggapan Pas tetapi saya yakin komitmen kepimpinan dan sokongan begitu jelas menunjukkan mereka memberi sokongan padu, Datuk Ramzi Ab. Rahman (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai) menegaskan siapa pun yang terpilih, komitmen seluruh pimpinan di sini adalah untuk memenangkan calon.

Kalau ikut kaedah member aku Mat Piang, dia kata kalau nak faham cerita politik utusan kena baca terbalik, aku tak tanya pulak baca terbalik atas ke bawah ka atau terbalik depan ke belakang.

Kalau nak tengok gambar² menarik pasai majlis umumkan calon Umno boleh pi blog GuanoManikUrai. Aku senyum mencebik bila tengok gambar kat bawah ni.

tuan aziz
Aku taktau pasai apa aku terus teringat tok ayah kat Bukit Gantang hari tu, takdak pulak aku baca calon Umno ni ada kaitan dengan tok ayah tu. Perisik Rakyat boleh tolong siasat kut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...