Lawan Umno : Takdak lagi biasiswa untuk bumiputera? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 29, 2009

Lawan Umno : Takdak lagi biasiswa untuk bumiputera?

Semalam PM dilaporkan berkata
PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pemberian biasiswa kerajaan yang akan dikenali sebagai biasiswa nasional ditawarkan berdasarkan 100 peratus merit tanpa mengira kaum, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sekiranya pelajar benar-benar layak berdasarkan keputusan terbaik, maka tanpa mengira kaum atau keturunan, mereka akan dapat biasiswa dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Utusan pulak melaporkan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pendekatan terbaru itu membolehkan sesiapa saja layak mendapat biasiswa tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

"Kerajaan tidak mahu peluang mendapat biasiswa ini hanya dibatasi kumpulan tertentu," katanya.


Aku takdak masalah langsung kalau betui kerajaan nak bagi biasiswa tak kira kaum, dan aku nak konsisten dengan pendirian aku yang tak kira bumiputera ka bukan bumiputera, yang layak dan patut dibantu memang kena dibantu tak kira agama atau bangsa.

Cumanya aku tak setuju bila PM kata biasiswa "ditawarkan berdasarkan 100 peratus merit", maksudnya tak kira walau dia anak tokey kandang babi terbesar kat Malaysia atau pun dia anak tokey kilang arak terbesar kat malaysia, dia layak dapat biasiswa.

Apa takrifan 'merit' pada PM 1 Malaysia, utusan melaporkan
‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya..

Maksudnya macamana dengan anak orang miskin yang dapat keputusan cemerlang tapi tak masuk dalam kumpulan terbaik?

Macamana anak penoreh getah yang ambik upah menoreh gerah kat tanah orang, anak pesawah yang pajak tanam padi 3 relung tanah pusaka, anak nelayan tepi pantai yang cuma ada sampan kecik, anak tukang sapu sampah yang duduk di kampung pasir.

Nampak gayanya depa-depa ni mungkin 'terpaksa' lupakan cita-cita nak mengaji tinggi. Mungkin ada yang akan kata walaupun tak dapat biasiswa tapi masih boleh dapat 'pinjaman'.

Kalau ada yang kata macam tu, aku harap hangpa pi semak sendiri. Pi cari sendiri, cukup ramai anak-anak melayu yang miskin di kampung² yang walaupun layak masuk universiti tapi tak masuk. Hangpa pi tanya sendiri apa masalah depa. Apa yang mak pak depa tau pasai biasiswa dan pinjaman dan apa keluhan berat depa pasai kos permulaan nak masuk IPT.

Ada anak tokey babi dan anak tokey arak yang nak peduli? Ada anak PM dan anak Menteri Pelajaran peduli? Anak JKKK pun tak peduli.

Penat aku cari satu cerita sedih pasai ni tapi tak jumpa. Cerita sedih pasai sorang anak orang miskin yang terpaksa makam meggi kerat 2 pasai takdak duit masa belajar kat Universiti. Nasib baik dia ni jenih cukup kuat semangat. Macamana dengan beribu kes yang lain?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...