Muktamar ke-55 : Betui ka PAS Perak mau DUN dibubar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 07, 2009

Muktamar ke-55 : Betui ka PAS Perak mau DUN dibubar?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Muktamar ke-55 dah pun selesai. Semua perwakilan mungkin dah sampai ke tempat masing-masing balik. Kalau masa muktamar perwakilan sibuk berbahas membincangkan hala tuju PAS lepas ni makanya selepas dah habih muktamar ni adalah masa untuk merelisasikan halatuju tu.

Masa muktamar pemuda, perwakilan Perak siap pakai baju hitam sebagai kempen protes supaya DUN Perak dibubarkan. Masa muktamar pusat pun tak kurang hebatnya kempen sampai Presiden pun sama diikat kain hitam di lengan tanda menyokong kempen bubarkan DUN Perak.

Jadinya bila dah lepas habih muktamar ni, kita orang-orang Perak kena mula buat kerja. Dah tak patut bertangguh lagi dah. Apa guna kita sungguh-sungguh kempen untuk bubar DUN kalau kita tak bersedia untuk hadapi pilihanraya. Dari segai semangat memang tak dinafikan kita dah lama bersedia tapi malangnya dari segi gerakkerja pilihanraya kita sebenarnya belum bersedia.

Jangan bertangguh lagi. Yang jadi pemimpim mesti mula merancang strategi dan gerakkerja, mesti mula bagi arahan dan memimpin orang yang di bawah dia untuk mul buat kerja pilihanraya.

Yang dipimpin pulak kena bersedia untuk menjalankan arahan dan melaksanakan perancangan. Kerja kena mula berjalan secepat mungkin. Pada aku takdak lagi masa berehat pasai sebenar-benarnya PAS Perak masih lemah terutamanya dalam mendapatkan sokongan orang melayu kepada PAS.

Bukan aku yang kata, aku cuma ulang apa yang Dr. kairuddin kata. Dia sebagai Timalan PJ masa sessi lepas ada autoriti, dan takkan dia nak kata benda yag tak betui.

Kat bawah ni kau copy aste ringkasan ucapan dia selaku Pengarah Konvensyen PAS Perak 2009 masa konvensyen PAS Perak baru-baru ni yang pada aku boleh jadi asas untuk mula gerakkerja pilihanraya PAS seluruh Perak.


Intisari ucapan Dr.Khairuddin selaku Pengarah Konvensyen PAS Perak 09

1.Pas Perak pada hari ini mengadakan konvensyen kali ke - 14.Bertemakan "kecemerlangan dakwah teras kemenangan".Setelah peristiwa hitam 6/2 (Black Friday) , kelihatan kita kelihatan kehilangan / terlepas kemenangan /gagal mengekalkan mengekalkan kemenangan".Pada tahun ini kita bercakap pula tentang langkah-langkah strategik mencari kemenangan melalui dakwah.Benarkah kita sedang menanggung kekalahan ?

2.Tidak tepat untuk kita mendefinasikan kemenangan hanya dalam pengertian menjadi kerajaan ataupun menjadi pembangkang itu sebagai satu kekalahan.Mengambil kira indikator-indikator tambahan (nilai tambah dalam perjuangan kita) PAS Perak sebenarnya sudah jauh kehadapan dalam meraih sokongan rakyat , dalam meluaskan jaringan sokongan , dalam kemampuan pengurusan organisasi dan dalam menyedarkan rakyat tentang kesyumulan perjuangan kita.

3.Ramai orang berkata apa yang PAS Perak / Pakatan Rakyat Perak hadapi dalam 14 bulan yang lepas adalah pengalaman jihad , pengalaman dakwah , pengalaman tahalluf dan latihan / ujian kepimpinan yang tidak pernah dihadapi oleh mana - mana organisasi PAS di negeri - negeri lain.Pengalaman Perak membuka "FLOODGATE" kepada kesedaran politik baru di seluruh Malaysia - politik berperinsip , politik saling hormat - menghormati antara kaum , politik berdasarkan nilai - nilai tinggi agama.Politik samseng / assobiyah cap BN semakin tersisih dan dibenci oleh rakyat.Bukankah ini bukti kemenangan ?

4.Namun disebalik kejadian tersebut masih juga PAS Perak masih terbelenggu dengan psikologi "Kenapa orang Melayu lambat / sukar menerima dakwah PAS tetapi masa yang sama orang bukan melayu lebih terbuka memberikan sokongan kepada PAS".Apa yang tidak kena / dimana silap atau kekurangan gerakkerja kita ? Sepatutnya kemungkinan - kemungkinan berikut perlu difikirkan.

i) Dakwah kita hebat tetapi dakyah musuh (UMNO/BN) lebih hebat lagi.
atau ii) Dakwah kita hebat dari segi komitmen tetapi tumpul dari segi strateginya.
atau iii) Dakwah kita tidak pelbagai dan tidak kreatif / tidak 'customer design' / 'tailor made'.
atau iv) Dakwah kita tidak 'research based' / hujjah kita tidak 'factual'.
atau v) Dakwh kita 'outreach'nya tidak menyeluruh / menggunakan kaedah komunikasi yang tidak tepat.
atau vi) Dakwah kita sememangnya lemah dan sifatnya bermusim.
atau vii)Memang kita tidak berdakwah tetapi sekadar memainkan isu - isu politik yang dilontarkan kepada kita.

5.Tentu tidak mudah untuk mencari jawapan yang pasti.Mungkin faktornya pelbagai (multifactorial) dan bertindih (overlapped).Namun yang penting kita mesti mula memikir , merancang dan berani mencuba kaedah -kaedah , pendekatan - pendekatan baru yang tentunya mesti berlatar dan berdasar kepada ilmu , kajian - kajian dan pengalaman rakan - rakan gerakan Islam di dalam dan luar negara.


JOM MULA BUAT KERJA

Harap-harap esok aku dapat semangat untuk mula kerja pilhanraya, kerja yang di'hempuk' atas batu jembala aku. Aku kena siap peluru betui betui dulu sebelum ku 'start tembak rambang' lepas ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...