Yang dia marah sangat kat anak dia sampai sanggup halau anak dia dari rumah tu pasai anak dia tu bangang, awat aku tak kata bangang kalau perempuan yang anak dia nak kawin tu jenis kaki kelentong, jenis yang suka penaya kat orang, jenis yang suka makan benda haram, jenis yang besar kemungkinan shadah pun dah jatuh tah kat mana.
Tambah lagi marah dia pasai dia dah nasihat perempuan tu suruh berubah kalau sungguh nak kawin dengan anak lelaki dia. Tapi perempuan tu memang jenis tak boleh pakai, bukan kata nak berubah, dengar pun kalau boleh dia tak mau. Langsung takdak nampak kata nak berubah. Tak berenti jugak kelentong orang, tak berenti jugak penaya kat orang, tak berenti jugak makan benda haram dah yang lagi teruk tak mau jugak bertaubat.
Apa la punya dayus punya bapak kalau anak nak kawin orang macam tu pun dia bagi restu jugak. Dia tau sangat yang dayus tu jawabnya masuk neraka. Dia bukan jenih tak mengaji malah dia yang ajar orang mengaji, rata surau dia pi, rata masjid dia masuk, malah sampai dalam dewan dengan wakl rakyat pun dia bukak kitab ajar mengaji.
Dia buat macam tu pasai dia nak bagitau yang dia sungguh-sungguh tak setuju dengan pilihan anak lelaki dia sebagai bini yang bakal jadi menantu dia yang bakal jadi mak kepada bakal cucu-cucu dia, bakal jadi nenek kepada bakal cicit-cicit dia.
Dia buat tu bukan pasai dia benci kat anak dia, tapi dia buat tu pasai dia sayang kat anak dia. Dia buat macam tu pasai dia fikir masa depan anak lelaki dia, dia fikir masa depan bakal cucu-cucu dia, dia fikir pasai masa depan bakal cicit-ccit dia.
Dia harap dengan tindakan keras dia tu, anak dia akan fikir balik, pasai apa ayah dia sanggup sampai halau dia dari rumah. Dia harap sangat anak kelaki kesayangan dia tu fikir betui-betui, fikir dalam-dalam, fikir masak-masak. Dia harap sangat anak dia tu ubah fikiran.
Tak patut sangat anak dia tu putuskan pertunangan dengan orang lain semata-mata nak kawin dengan perempuan yang macam tu..
Kalau anak lelaki dia tu budak lagi boleh la jugak dia tibai dengan talipingang, tak pun balum dengan pelepah nyoq kalau takmau dengar jugak, ni dah besar panjang, dah patut jadi laki orang...
Entry ni adalah edisi panjang dari komen aku kat blog mso. Aku pun taktau pasai apa aku marah sungguh masa tu. Aku terus komen dila sampai tang ayat tu.
Mengenang aksi Tok Guruku itu lakunya tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak disukainya. Tindakan itu selalunya dilakukan oleh orang-orang zaman dulu yang kurang ilmu diplomasi dan rendah pula ilmu siasahnya.
Memang marah sungguh aku masa tu. Sebelum² ni bukan aku tak pernah baca blog MSO tu tapi tak la marah macam kemarin.
Yang lawaknya ada pulak yang komen kepada komen aku kat situ,
Awak ni faham ke apa yang Haji Hadi dan Ustaz Nasa maksudkan. Bukan nak bawak PAS kahwin dengan UMNO.
Janganlah buat fitnah. Mazham Haji Hadi mahu berbincang/muzakarah untuk masalah ummat.
Kalau masih ada orang yang fikiran macam inilah susah lah.. titik yang menyebabkan perbalahan berbeza...tak faham-faham lagi kah?
Tak payah heran pasai aku, aku tau bila patut aku berenti. Takat aku tak faham tak jadi kudisnya pada PAS pun tapi masalahnya TG Nik Aziz pun tak paham jugak dan aku tengok macam ramai lagi dikalangan AJK pusat sendiri pun nampak macam tak faham.
Lagi satu, kalau aku buat fitnah pun, tara mana sangat, tapi kalau 'fitnah' TG Nik Aziz yang buat, takkan kut TG Nik Aziz pun kita nak tuduh fitnah.
Memang menatang beruk betui laa... tah bila la penin aku nak ampeh