Ketua kumpulan Hindraf, P. Uthayakumar,47 bersama Adun Kota Alam Shah, M Manoharan, 48, dan K Vasantha Kumar, 36, dibawa keluar lebih kurang pukul 2.30 petang.
Depa dibebas bersama 10 yang lain aiatu Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia iaitu Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, serta lima tahanan warga negara Filipina terdiri daripada Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih yang dikatakan telibat dengan JI dan Darul Islam.
Pasai apa depa setuju bagi bebas la ni. Bukan sebelum-sebelum ni dan bukan terus ditahan.
Memang la akan ada kesan kat PRK Penanti hujung bulan ni, tapi aku rasa Umno pun yakin depa akan kalah kerusi tu, jadinya takdak kesan apa pun kalau ketua-ketua Hindraf tu bebas la ni.
Kalau betui macam Najib kata dalam berita TV semalam yang depa-depa ni dah 'tak bahaya' patutnya lepas kes rayuan habeas corpus depa di mahkamah pada 16 April lagi depa dah boleh dibebaskan. Tapi 'mahkamah' buat keputusan depa ni akan terus ditahan dua tahun bawah ISA.
Kalau kes bekas Exco Kedah merangkap ADUN Bukit Selambau boleh dijadikan contoh, memang Hindraf pun dah tak berapa 'bahaya' sangat. Nampak Hindraf pun dah macam hilang fokus.
Bila Hindraf pun dah terlibat dengan politik PR, orang india nampak dah tak berapa 'solid' dengan Hindraf. Masa PRK Bukit Gantang lepas dah nampak cakap-cakap kurang senang dengan cara Hindraf main politik.
Apa-apa pun kita tunggu macammana rentak Hindraf lepas ni.

Lagipun pasai polis dah tangkap Mas Selamat bagi pihak Singapura, dengan membebaskan 10 orang ni depa mengharapkan kesan tangkapan tu akan berkurang.
Bila bebas sekali ramai-ramai ni dengan geng Hindraf sama, cerita pasai JI dan Darul Islam jadi tak berapa panas dan nampak macam orang ramai pun tak berapa nak peduli dah.