Muktamar ke-55 - Lagi isu politik wang dalam PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 18, 2009

Muktamar ke-55 - Lagi isu politik wang dalam PAS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hari ni aku nak petik apa yang utusan dan berita harian tulis mengenai politik wang dalam PAS. Utusan online 'memetik' kenyataan dari TG Nik Aziz.
KOTA BHARU 17 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Pada aku statement tu biasa dan memang sesuai la pasai isu ni dah semakin hangat. Yang menariknya lepas utusan 'petik' dia sebut
Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

Diakhir berita utusan petik lagi
Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.

Dalam Berita Harian pulak ada 'jawapan balas' dari Ust Daud Iraqi.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas."

Pada aku jawapan tu pun jawapan standard. Memang sesuai la kurang-kurang pun boleh sejukkan sikit isu ni tapi yang menariknya bila dia 'dipetik' juga berkata
"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kalau ikut berita tu, Ust Daud Iraqi akan 'mengadap' Dewan Harian hari ni. Yang aku mushkilnya pasai apa pulak Husam Musa yang keluarkan statement tu. Pada aku tak sesuai la pasai dalam isu ni ramai orang yang tengok macam bersangkut dengan niat Husam yang bukan dari golongan 'ulama' nak lawan Timbalan Presiden.

Patutnya bagi la orang lain bercakap dulu, kalau Naib Presiden yang lain pun ada 'kepentingan' boleh bagi kat Setiausaha Agung yang bercakap. Lepas tu kalau wartawan tanya boleh la kalau nak ulas.

Tapi satu persoalan yang kita kena ada dalam kepala otak masa baca terutama Utusan dan BHarian ni "Betui ka depa-depa tu kata macam tu? Atau mungkin perendang yang lebih?"

Politik wang mungkin ada - Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

"Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

"Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit," katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.


Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.

"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.

Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.


Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti

Oleh Rohaniza Idris dan Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my

Mohamed boleh dikenakan tindakan jika gagal perjelas rasuah politik

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud boleh dikenakan tindakan tatatertib jika gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya berhubung gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelang pemilihan parti itu, bulan depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Mohamed akan dipanggil menghadap Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, esok untuk memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

"Dewan Harian Pas mendapati ada keperluan meneliti perkara berkenaan. Kita mahu beliau (Mohamed) mengemukakan bukti yang ada dan kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada (calon) terbabit dengan gejala itu.

"Sekiranya Mohamed gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan dibuatnya, tindakan tatatertib juga boleh diambil oleh Jawatankuasa Disiplin parti terhadapnya," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Rabu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas itu dilapor mendedahkan pada Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan mengenai gejala berkenaan, tetapi menyifatkannya bukan bertujuan membuat tuduhan terhadap mana-mana calon, sebaliknya sekadar menasihatkan perwakilan supaya menjauhi perlakuan tidak sihat itu.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai amat serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala itu dikenakan tindakan tegas kerana menjejaskan imej parti yang mendukung perjuangan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustapa Ali, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan salah laku termasuk berkaitan rasuah politik daripada mana-mana ahlinya.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau yakin calon pada pemilihan parti itu tidak mengamalkan gejala berkenaan yang sebaliknya hanya dihangatkan dalam laporan blog.

"Dalam blog apa saja mereka boleh tulis... antara langit dan bumi semua boleh masuk. Saya tidak lihat kepada blog jadi saya tidak tahu dakwaan itu," katanya sambil menambah tiada mekanisme khas dirangka Pas bagi membanteras gejala berkenaan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...