Yang aku dok tunggu laporan dari BloggersNetwork@Perak apa laginya padahal depa memang dah melaporkan dari masa ke semasa. Cuma aku ja yang taktau.
Sebenarnya siaran lintas langsung tu dibuat oleh anje, aku pulak langsung tak terbukak blog dia petang ni, mana la aku nak tau.
Jadinya aku copy paste kan ja la laporan dengan bentuk yang dia laporkan dia.
Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry
Dengan lafaz bismillah, teman umumkan, kita telah menang kes. Dato Seri Nizar telah di sahkan sebagai Menteri Besar Perak yang SAH!!!
Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Alasan penghakiman
Setakat saat ini, menurut sumber dari dalam mahkamah, alasan penghakiman yang dibuat oleh hakim yang bertugas banyak memihak kepada kita. Namun hakim belum memutus apa2 lagi. Teman pun berdebor juga ni...
Sabor ye pak lubis...
Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry -
Perbicaraan sudah bermula hampir 20 minit. Menurut sumber dari dalam mahkamah, hakim masih lagi menyemak fakta kes yang telah dibentangkan oleh peguam kedua pihak. Sejak tadi, Dato Seri Nizar dan beberapa kepimpinan pakatan rakyat sahaja yang hadir. Zambry tidak kelihatan hadir pada perbicaraan terakhir ini.
Live : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Hanya wartawan dan med ia
Haiya... hanya wartawan dan media sahaja yang dibenarkan masuk. Jurugambar dan video tidak dibenar naik ke mahkamah. Teman ng kawan2 yang lain hanya dapat duduk di lobi mahkamah.
Cuma ciberboron sahaja yang berjaya masuk ke dalam kamar. Teman tunggu update dari ciberboron dari dalam kamar.
Pra-langsung : Keputusan mahkamah Nizar vs Zambry - Perut Sakit
Salam semua. Hari ini teman ng crew berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Teman akan cuba update kalau dapat hasil keputusan kes, Nizar vs Zambry.
Untuk pengetahuan semua, takut update teman macam hampeh,teman minta maaf, sebab hari ini teman sakit perut. Ayor terojun kate kawan2. Oleh yang demikian andai ade masanye tak berape nk sedap tu nanti, pepaham kome je la ye.
Hehehe.