Kompleks canggih dan moden - keperluan ka kehendak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 19, 2009

Kompleks canggih dan moden - keperluan ka kehendak?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kata Siasah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dah melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Kata Siasah lagi apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Yang menariknya bila siasah melaporkan
Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Dan turut melaporkan
Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

Juga dilaporkan
"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Yang paling menarik perhatian sekali dilaporkan jugak.
Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Statement yang last sekali tu aku rasa ramai yang rasa 'panas' semacam ja..

Aku ada dua persoalan yang aku nak kongsikan untuk difikirkan bersama.

Yang pertama adakah kompleks yang serba MODEN dan CANGGIH ni satu keperluan ka hanya satu kehendak. Aku tak menafikan PAS memang memerlukan sebuah dewan yang luas untuk menampung perwakilan dan pemerhati masa Muktamar Agung tapi adakah PAS benar-benar perlukan sebuah kompleks yang serba moden dan canggih.

Aku tambah perkataan MODEN dan CANGGIH ni pasai aku rasa kompleks ni akan berciri tu. Takkan la 'kalangan tenaga pakar dalam PAS' nak buat lebih kurang ja, takkan nak kalah dengan bangunan-bangunan jiran yang tentunya canggih-canggih dekat Putrajaya tu.

Kalau tanya aku, aku memang tak setuju. Pada aku keperluan untuk ada kompleks di Putrajaya tidak mendesak. Yang lebih mendesak adalah menyediakan Markaz cawangan- cawangan terutama di kampung-kampung, tambah mendesak di cawangan yang Umnonya kuat dari PAS.

Keperluan yang lebih mendesak untuk melengkapkan kemudahan di Markaz-markaz cawangan dan kawasan. Ada Markaz yang kemudahan paling asas pun masih lebih kurang. Jangan ditanya kemudahan IT yang serba lengkap, jauh panggang dari api.

Jika sekadar untuk pejabat pentadbiran dan juga kemudahan untuk latihan, rasanya Pejabat PAS di Jalan Raja Laut pun belum kita guna secara maksima. Kalau keperluan untuk mempunya pusat latihan yang moden dan lengkap aku rasa Pejabat PAS di Jalan Raja Laut masih boleh menampung.

Lagi satu persoalan aku, sama lebih kurang macam soalan yang PAS pernah tanya pada Umno bila Umno banyak buat projek mega. APA YANG ORANG KAMPUNG DAPAT DARI PROJEK NI. Kalau perlu dikecilkan lagi, apa ahli PAS di cawangan yang terletak jauh di pendalaman yang jauh dari Purtajaya akan dapat manfaat dari projek 'mega' ni.

Akhirnya aku nak tambah lagi satu. Jika PAS benar-benar nak buat kompleks ni dan aku yakin PAS memang dah buat keputusan, aku harap jangan lupa dimasukkan sama kemudahan untuk rakyat MARHAEN.

Aku nak cadangkan dibangunkan jugak penginapan kos rendah. Mungkin berbentuk hostel yang sewanya biar betul-betul murah, biar semua rakyat Malaysia yang mampu pi Putrajaya mampu jugak untuk tempat penginapan kos rendah tu kalau depa perlu bermalam di Putrajaya.

Pada aku biar projek 'hostel' ni bukan dalam bentuk mencari untung tapi lebih untuk kemudahan rakyat Marhaen. Sekurang-kurangnya biar depa boleh 'merasa' hasil dari apa yang depa sumbangkan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...