Izrael pun dah sokong PR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 22, 2009

Izrael pun dah sokong PR?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kerusi Manik Urai sah kosong selepas kematian Pak Su Weil. Nak tak nak SPR kena buat pilihanraya kecil dalam masa 60 hari. Katanya hari Khamis depan baru SPR nak mesyuarat.

Kalau di Penanti Umno buat keputusan takmau letak clon atas alasan takmau membazir, aku rasa alasan tu masih releven untuk Manik Urai. Kalau guna alasan Penanti tak letak calon pasai tak setuju Anwar Ibrahim mempergunakan demokrasi untuk matlamat sndiri, takkan masih nak salahkan Anwar Ibrahim pasai DUN Manik Urai kosong kot.

Apa-apa pun elok kita tengok dulu keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


Lagi satu aku nak kongsi sembang kartun kat bawah ni yang aku cilok dari blog Husyen Lempoyang.
Pak Su: Ambo tengok male tadi Astro. Dato Ron dengan Fuziah Salleh. Ron ghoyak PKR mempermain-mainkan demokrasi. Sesuai dema kata ini hotel demokrasi. Bule daftar masuk dan daftar keluar sesuka hati.

Jenal: Bule jugo panggil rumah sakit demokrasi. Dema ni sakit-sakit belaka. Cuma rumah sakit doktor tentuke mu masuk atau keluar.

Pak Su: Betul jugo rumah sakit. Doktor pakarnya Nuar Berahi. Dia soghe bule suruh hok ni masuk, hok ni berenti dan hok ni keluar.

Wok: Tak salah Nuar buak gitu dari segi undang2. Cuma tak beretika dan mempersendakan proses demokrasi.

Tapi yang ambo pelik ni. Nuar die pasa Eli Wong. Tu dia tak suruh berenti. Fairuz di suruh berenti. Alase Fuziah Eli tu mangsa. Fairuz kehendak sendiri tak tahe nok berenti sangak. Sebenarnya ke ... Eli Wong tu ado cerito antara Azmin Ali, Khalid dan Wan Azizah. Penanti ni Nuar nok letok kawe baik Dr Mansor.

Jenal: Mu baca Utuse hari ini? Ahmad Masle ghoyak BN ake boikot mana-mana pilihanraya kecil yang dirancang. Melainke kematie atau perintoh mahkamah. Serupo Bukit Gantang yang mati.

Wok: Mu ni tok soh mulo denge Pak Su lagi ...

Dring ... berbunyi talipon bimbit Wok dan diangkatnya.

Wok: Mualaikum sale. .... Gapo? ... Inna lillahi wainna hi rojiun ... Pukul berapa kebumi ni?

Angguk angguk ... Wok.

Wok: ADUN PAS Manek Urai, Kuala Krai meninggal subuh tadi. Haji Semail Yaacob. Lepah zohor kebumi.

Pak Su: Hai ... Malaikat maut ni banyak kasi masaalah pada Najib. Tak patut Izrael masuk campur hal politik ...

Jenal: Heh Pak Su! Mu ni ... Izrael jale ke perintoh tuhe.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...