Lepas 'acara hiburan 'melampau' tu jenuh jugak la Zahid Hamidi nak susun ayat nak cuba 'menghalalkan' program tu. Kononnya program 'hiburan' tu untuk orang cina tapi masalahnya orang cina pulak bantah.
Tinggai dua hari ni Umno mula pulak main kasar. Dah mula dengar banyak tempat Umno mula buat provokasi. Depa memang nak sangat penyokong Pakatan Rakyat sambut. Kalau ada yang sambut, memang jadi punya 'kejadian yang tak diingini'.
Semalam depa pi tampai lambang dacing kat atas lambang PAS. Saja ja depa buat nak bagi puak-puak PAs marah. Kalau nak ikut bukan boleh untung apa pun depa buat macam tu.
Takdanya nak boleh dapat tambah undi kalau buat macam tu. Habih-habih pun boleh bagi seronok sikit jentera depa, konon-konon depa hebat boleh pedajai poster PAS. Sebenarnya depa nak bagi puak-puak PAS marah dengan harapan puak-puak PAS 'melompat' tapi nampak gayanya 'jerat depa tak kena'.
Malam tadi depa try kat belah trong pulak. Dengar ceritanya depa saja ja nak pasang pintu gerbang. Sapa pun tak boleh marah kalau depa pasang kat kepala jalan yang semua duduk kat jalan tu orang Umno, tapi kalau buat kat 'kubu' PAS maknanya depa memang nak cari pasai.
Nasib baik la puak-puak PAS ni jenih penyabar, kalau dak dah tentu-tentu ramai yang mandi 'air hujan' berwarna dengan perasa tambahan. Dengar ceritanya PRU dah siap hala muncung meriam penyembur ke arah peytokong PAS yang tak puas hati. Nasib baik FRU tak jadi sembur.
Aku cukup yakin puak-puak Umno buat benda-benda macam tu saja nak bagi puak=puak PAS naik angin dengan harapan terjadi 'kejadian yang tak diingini'. Lagi ganar lagi baik untuk depa.
Bila terjadi 'kejadian yang tak diingini' media yang depa pegang akan mainkan isu tu sampai panas, 'output' yang depa mau, orang cina akan takut dan akan beralih menyokong BN semula.
Kalaupun penyokong Pakatan Rakyat tak sambut, BN tetap akan dapat untung. Sekurang-kurangnya penyokong Pakatan Rakyat akan lebih tumpu ke bahagian 'keselamatan'. Biasa la bila ada 'kejadian' habih semua termasuk yang tak berkenaan pun nak sebuk jugak. Output akhir jentera Pakatan Rakyat akan 'hilang fokus' dan dalam masa yang sama akan jadi letih pasai terpaksa' sama jaga malam.
Oleh kerana tu, kita jangan hilang fokus. Memang la dalam saat-saat genting macam ni, 'keselamatan' kena ditingkatkan, tapi jangan la sampai pentingkan sangat hal-hal 'keselamatan' orang yang kena jaga hall-hal lain yang jauh lebih penting pun kena buang masa jaga hal 'keselamatan.
Yang paling pentingnya dalam saat-saat genting ni kita jangan sekali-kali hilang fokus. Fokus kita sekarang ni memang nak kira sapa kuat, tapi bukannya lawan kederat, tapi lawan jumlah undi.
Jadinya apa pun tindakan kita kena timbang dengan timbangan undi. Kalau rugi undi belah kita seboleh mungkin jagan kita buat tapi kalau boleh untung undi belah kita
sebaik mungkin kita kena buat pasai akhirnya jumlah undi yang nak dikira.
Kalau nak buat untuk 'puas hati' lain kali la kita buat. Kalau dah tak boleh sabar sangat pun kena sabar jugak, tak lama dah, Selasa depan ja lagi, tak sampai pun 80 jam lagi, bila dah habih pilihanraya hangpa nak balun pun balun laa...