Pengalaman ceramah live dari Kediaman MB - Malaysiakini | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 09, 2009

Pengalaman ceramah live dari Kediaman MB - Malaysiakini

السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah, dah lepas lagi satu beban. Dah habih ceramah dari 3 pimpinan utama Pakatan Rakyat dari beranda rumah MB. Aku incharge buat siaran live ceramah tu.

Berpeluh satu badan bila depa bagitau kat kediaman MB tu takdak point streamyx. Nak buat live apa kalau takdak streamyx. Memang tak mampu nak tampung punya laa aku rasa kalau takat guna broadband. Pengalaman sebelum ni buat lived kat Padang Bandaran Parit Buntar yang guna wireless pun fail, tambah lagi laa kalau guna broadband. Memang tak mampu punya.

Atas nasihat IT PAS Terengganu, kira memang dah confirm bbuat live audio saja pasai depa kata memang tak cukup bandwith nak streaming video. Banyak benda kena setting, aku tak pernah buat lagi, memang cuak laa.


Mau tak cuak, dah tentu-tentu kena buat banyak setting. Dah laa kena setting lain pasai tukar laptop, kena pulak setting audio saja dengan bitrate paling rendah. Tambah-tambah tak yakin laa aku nak 'handle'.

Nak jadi cerita terjumpa sorang member dari JITP. Apa lagi, aku pun terus 'tangkap' dia laa, mintak tolong dia buat. Ingat boleh laa bernafas sikit. Dah ada orang JITP yang tolong uruskan.

Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Member ni pun tak pernah buat live stail ni. Kat KL memang takdak masalah kalau guna stail 'default'. Tambah pulak buat guna laptop aku, yang masih guna XP, aku rasa dia biasa guna Vista.

Apa pun, aku rasa dia memang berkemampuan untuk buat, tapi dalam keadaan tekanan memang dia pun nampak tak boleh tahan. Pendekkan cerita dia buat streamng full video. Memang laa output nampak cantik tapi depa yang nak tengok online memang tak boleh, banyak yang sms kata tak boleh faham langsung pasai terlalu tersekat-sekat.

Jadinya atas nasihat IT Terengganu yang tolong pantau, balik ke cadangan asal buat live audio saja. IT Kelantan pun cadangkan kaedah yang sama. Kami pun try buat ikut instruction depa. Alhamdulillah berjaya.

Ingatkan boleh laa tarik nafas. Tak sampai 10 mnit bertalu-talu pulak sms masuk kata depa dengan suara orang sembang masuk sama. Berpeluh balik laa aku. Rupa-rupanya 'mic' kat laptop tak 'mute', suara kam sembang yang masuk tu. Mana laa aku nak terfikir.

Memangaku pun tak puas hati tadi tapi nak buat macam mana, masa aku training dulu guna desktop, cuma 'run' satu file Windows Mwdia Encoder'. Tak payak setting, cuma perlu tekan 'Start Encoding' terus jadi. Malam tu semua kena setting. Aku pulak cuma ada kemahiran 'try and error', mana laa nak sesuai. Tambah pulak dalan keadaan tekanan macam tu, memang betui-betui berpeluh laa..

Ringkasnya,pengalaman yang aku dapat yang mungkin boleh dikongsi kalau ada yang lain kali terpaksa live streaming guna 'broadband'.
  1. Hanya boleh online audio sahaja, video kena off. Pulak tu kena guna bitrate rendah, paling tinggi pun setakat 24kbs. Kecuali laa kalau buat streaming untuk 'syok sendiri'.

  2. Input audio dari mic kena set ke 'mute'. Hanya audio dari device saja yang tak 'mute'.

  3. Kena buat kerja dalam team, pasai bila ada masalah banyak kepala berfikir, boleh pulak berbincang, ccpat sikit boleh selesai masalah.

  4. Yang paling penting jangan lupa buat training dulu, lepas tu pulak jangan lupa jugak buat testing. Jadinya kena mula 'setup' peralatan awai.

Akhir sekali aku nak ucap terima kasih kat member JITP tu pasa tolong aku buat live. Jugak kat kawan-kawan JITP, IT Terengganu, IT Kelantan dan IT Kedah yang banyak bagi khidmat nasihat. Juga terma kasih kat ADUN aku, YB Lim Cina Islam pasai sponser 'broadband'.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...