Aku kalah di P036 tapi Cenangau menang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 04, 2009

Aku kalah di P036 tapi Cenangau menang?

السلام عليكم ورحمة الله
Aku nak sambung sikit entry lepas pasai PAS Perak kalah, dan aku offline secara peribadi jugak kalah.

Yang aku sikit seronoknya, aku sebagai Cenangau, aku boleh kata menang tipis. Pasainya aku dapat 3 orang anak murid kat sana. Yang dua orang tu bagi kat aku gelaran mahaguru blog. Bukan hebat mana pun tapi kalau takat nak banding dengan depa kira aku lagi hebat laa. Memang laa pun, kalau dak takkan depa panggil aku mahaguru blog. Cuma yang lagi sorang tu ja malu-malu nak panggil aku mahaguru.

Bukan calang-calang anak murid yang aku dapat. Yang sorang tu hits dia lebih 10 kali ganda hits aku. Memang terkenai dia ni. Aku rasa majority bloggers politik biasa pi blog dia. Ramai yang masukkan blog dia dalam blog list depa. Cumanya dia ni Thingking of Life tapi tak berapa nak speaking of life. Dok gitu Nikmi?


Depa pun dah janji dengan aku nak cuba gerakkan BloggersNetwork@ Terengganu. Aku rasa Kelatekito patut pastikan depa ni tunaikan janji depa. Kalau depa tak mengaku, aku rasa ADUN Limbungan boleh jadi saksi pasai dia pun ada kat Gong Tok Nasek masa tu. Depa pun setuju dengan pendapat aku depan ADUN Limbungan bila aku bentangkan keperluan depa turut sama menggerakkan BloggersNetwork.

Apa pun aku seronok dan selesa dapat kenai dan rapat dengan depa. Pengeras sepuluh ringgit suku tu kira halal laa pasai bagi peluang aku online free. Pasai tu laa aku tak berapa nak marah kat IT Perak pasai tak ambik aku bawak aku pi markaz Kuala Ibai walaupun Hj Asmuni arahkan aku pi sana. Kat sana belum tentu aku boleh bebas online free.Bukan takat onle free makan dengan tidur pun free.

Aku dan sekali jumpa dengan Matsamankati. Sya dengan Ummi pun ada sama. Sorang member blogger bawak aku pi medan selera Pantai Batu Buruk. Saja aku ajak 'Tulahan' jumpak depa ni. Dia ni pun kira masuk golongan pemalas macam aku jugak, jarang sangat update blog walaupun dia tiap² online malam. Kalau boleh mintak tolong kawan-kawan BloggersNetwork@Perak push dia ni sikit. Kalau boleh biar sampai dia ni jadi addict macam hangpa².

Dia ni bukan takdak bahan macam aku. Banyak benda dia ni ada boleh tulis tapi aku rasa dia ni takut nak tulis. Nak takut apa, tulis jaa, benda blog ni hak kita, peduli apa. Pendapat kita, pandangan kita, selagi tak langgar sempadan belasah jaa, kalau terlanggar sikit-sikit tu biasa la, tara lampu merah kat simpang pun hang pernah langgar. Tak payah laa aku bagi contoh yang lain yang hang pernah langgar yang hang pun lebih maklum.

Macam entry dia pasai rokok baru ni, belasah jaa, tak payah lapik pun takpa. Aku sebagai perokok tegar rasanya boleh mewakili para perokok lain, kalau sapa ada nak belasah perokok ni silakan. Kalau ada yang kata depa ada hak sebagai perokok hangpa pun ada hak hangpa sebagai tidak perokok. Cumanya jangan belasah terlalu terlebih sangat dah laa. Tambah-tambah pulak kalau dikaitkan dengan Solidariti untuk Palestin, aku sokong sangat².

Lepas ni kalau bekalan takdak aku dah tak boleh beli rokok Sampoerna pasai RJ Reynolds dah ambik alih 40% saham PT Sempurna Ltd dengan nilai sebanyak Rp 18.58 trillion (US$ 2 billion), tinggai 5% ja lagi.

Setakat ni yang aku tau hampir semua jenis rokok yang bukan dari Indon semuanya ada dalam senarai boikot. Kut² ada sapa-sapa yang rajin tolong buat research pasai syarikat pengeluar² rokok ni cantek sangat laa pasai aku malas nak google.

Kalau nak selamat hisap rokok daun dengan tembakau jawa, dah tentu dah tak terlibat dengan Israel. Nak lagi clear, tanam sendiri tambakau. Cari pucuh nipah, koyak sendiri, memang leceh sikit tapi tentu dah tak terlibat langsung dengan Israel. Nak lagi clear BERENTI HISAP, dah tentu-tentu dah clear. Yang t yang paling tepat. Kesihatan pun lebih terjamin.

Lagi satu aku nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang mau terlibat dengan BOIKOT barang yang ada kaitan dengan ISRAEL khasnya para penggemar Nescafe tarik macam aku, jangan taktau yang Nescefe dikeluarkan oleh Nestle antara penyumbang terbesar untuk dana Israel.

Jadi jom sertai aku BOIKOT Nescafe dan sebagai pilihan aku nak cadangkan lepas ni kita tukar kepada Radix tarik, produk keluaran Al-Wahida Marketing, sebuah syarikat milik Hj Ismail yang tak pernah diiktiraf kerajaan negeri Perlis terutama masa Shahidan Kasim jadi MB pasai dia cukup banyak bantu PAS. Harga mahai sikit pun takpa pasai kurang²nya aku yakin ada sikit sumbangan tak langsung kita untuk PAS. Tak payah bubuh susu pun dah ok, tak baik untuk kesihatan lagi pun takut depa guna susu keluaran Nestle.

JOM BOIKOT!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...