Aku tak kata dut tak turun,malah aku cukup yakin duit dah turun. Tapi yang kesiannya sampai hari ni lagi 1 hari nak mengundi duit tak sampai jugak ke jentera akar umbi Umnoi. Sampai tahap ada yang suruh puak PAS tolong runtuk bangsal depa. Yang cantikya ada puak PAS yang letak harga, kalau bagi seribu malam tu jugak dia tolong roboh.
Nak tengok tanda-tanda duit sampai ka dak lagi bukan payah tambah-tambah lepas habih angin kuat macam kat Kuala Teregganu sehari dua ni. Kalau tengok bendera kat dan keris yang masih tegak lag sikit dari yang tumbang dah duit tak sampai lagi. Lagi satu tanda kalau tengok post Umno legang, takdak orang, tentulah sebab sapa nak tunggu kalau duit rokok pun kena keluar sendiri.
Pasai apa pulak tak sampai kalau dah turun? Nak sampai macamana kalau ada yang tahan tengah jalan. Ada pimpinan pertengahan yang 'berfikiran panjang' pegang dulu duit tu. Depa ni tau dah kalau BN kalah, duit yang akan turun setakat tu ja laa. Kalau calon depa menang peluang nak dapat habuan tambahan cerah sikit, depa boleh cari YB yang baru menang tu, depa boleh direct mintak kat dia. Dah tentu dah YB tu akan bukak pejabat pusat khidmat dia, tak boleh nak lari.
Depa-depa ni dah kenai pihak-pihak yang buat tinjauan keadaan semasa sokongan pengundi. Depa-depa ni ada yang boleh dapat terus maklumat terkini dari 'pasukan peninjau' ni. Bila pasukan peninjau ni bagi maklumat harapan Umno untuk menang npis sangat, depa kena percaya pasai biasanya keputusan tu tak jauh tarsasar dari keputusan sebenar.
Yang aku kesian sikitnya kat JKKK yang 'ikhlas' berjuang dengan Umnoi tu yang senyum sampai telinga masa Najib jamu makan lembu minggu lepas. Hari ni nak duduk pun tak senang pasai budak-budak yang buat kerja dah mula keras tanya upah duit air depa. Kesian laa kat JKKK sini yang senang-senang kena permain dengan 'orang atas'.
Depa taktau zaman la ni takdak dah istiah "guna duit sendri dulu nanti kita ganti" dalam gerak kerja pilihanraya Umno. Kalau sampai hari mengundi pun tak sampai jugak duit kat post depa konform laa YB Hj Wahid Endut dapat double YB. Memang sesuai laa PAS bubuh target majoriti 2000.
Depa bukan tak pernah dengar kes sampai pecah kaca kat pejabat Umno di Permatang Pauh tu orang-orang depa jugak yang hentam kes janji nak bagi duit tapi sampai habih masa mengundi pun duit tak dapat-dapat lagi. Depa pernah dengar tapi tak berapa nak percaya. "Takkan 'orang atas' kita nak buat kat kita macam tu."