Dah 8 hb tak sampai lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 08, 2009

Dah 8 hb tak sampai lagi?

السلام عليكم ورحمة الله
Hari ni dah 8 Januari, lagi sembilan hari mengundi di PRK P036 Kuala Terengganu. Aku masih tak sampai kat sana lagi. Kalau ikut hati memang dah sampai sana dah, tapi nak buat macam mana, 'keadaan' belum mengizinkan. Insyaallah sehari dua lagi kut. Call Lah Atan kemarin nak tanya pasai data, dia siap sound "Hang tak mai lagi?"

Aku mula terlibat pilihanraya tahun 1990, takat jadi pengundi jaa, balik sehari sebelum mengundi. Nak balik awai tak boleh pasai ada exam. Aku ingat lagi tengok gambar Kuli pakai tengkolok lambang salib masa aku kat dewan makan asrama. Langsung tak sedar gambar tu punca APU kalah teruk.

Pilihanraya 1995 naik pangkat sikit jadi driver, bawak pengundi guna van abang aku. Aku pun tak ingat berapa trip, aku tak kira PAS ka Umnoi, sapa tahan aku bawak, walaupun arahan kata jangan bawak orang Umnoi. Masa tu pun tak boleh balik awai pasai ada exam jugak.


Tahun 1999 aku terlibat hampir sepenuhnya. Aku balik kampung bulan 6, gerakkerja kat Parit Buntar dah masuk gear 3 kut, depa start awai, bulan 3 dah mula kalau tak silap. Masa tu laa aku baru kenai cula, baru kenai saraf, baru kenai sempadan pilihanraya. Pasai aku komplen banyak kot, depa bagi kat aku jawatan Setiausaha UPU merangkap ketua bilik gerakan, mampuih, mana aku reti, belasah ja laa.. nasib baik menang.

Tahun 2004 aku terlibat dari awai. Nak kata awai pun dak jugak pasai start pun dah kira lewat. Naik pangkat lagi, depa bagi jawatan kat JPR. Kalau banding dengan 1999 memang jauh beza. Keputusan bun jauh berbeza, kalah semua kerusi.

2008 aku masih terlibat dari mula tapi start agak lambat jugak. Kali ni aku langkau banyak p[ihak, sampai tahap 'melobi' calon Parlimen. Gerak kerja tak hebat mana pun, memang tak boleh lawan 1999 tapi dengan gelombang yang ada menang semua kerusi, lagi hebat undi dari 1999.

Pilihanraya kecik aku terlibat sekali ja masa Pendang/Anak Bukit. Aku pi joint tolong UPU bukit apa tah aku tak ingat, yang aku ingat ada lokaliti Aloq Nan. Banyak jugak aku belajar pasai saraf kat sana pasai aku depa bagi kerja cetak bahan. Masa Lunas aku ada pi sekali ja, tu pun hanya sebagai pelancong. Masa Permatang Pauh pun aku pi sebagai pelancong, pi dengar ceramah Umnoi.

Kali ni PRK P036 aku nak pi bertugas walaupun bukan Mat Sabu jadi calon. Insyaallah sehari dua lagi, tiket bas pun tak cari lagi, taktau ada ka dak, harap² ada laa. Nak joint depa² yang lain depa nak pi lambat lagi, 14 hari bulan paling cepat. Geng² pelancong nak pi 15 malam, lagi lambat. Kut² dengan sikit pengalaman dan kemahiran yang aku ada boleh tolong sikit apa² yang patut.

Sampai sana lapor diri, ikut laa depa nak letak aku kat mana pun, aku tak kisah. Kalau tak bertugas secara 'rasmi' mungkin aku boleh joint geng BloggersNetwork@Perak, aku rasa ramai yang akan berkampung kat sana, MSK pun dah ada kat sana kut.

Lepas habih pilihanraya laa kut baru aku joint MSK dengan Ciberboron 'belasah' Perak. Kalau belasah time ni pun tak guna aku rasa pasai semua pimpinan dok sibuk 'layan' Kuala Terengganu,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...