Pengkid: Apa Dah Jadi Dengan PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 17, 2008

Pengkid: Apa Dah Jadi Dengan PAS?

Aku saja guna tajuk yang sama dengan entri dalam blog Perisik Rakyat. Sikit ja isi entry tu tapi tiga soalan dia yang kat bawah ni macam takdak sapa pun jawab lagi.

  1. Apa dah jadi dengan PAS? Apa dah jadi dengan pemuda PAS? apa dah jadi dengan pergerakan-pergerakan dalam PAS?
  1. Mana suara PAS dalam isu ni? tunggu dan lihat? apa dah jadi dengan perjuangan PAS lepas PRU12?
  1. PAS masih wujud ke?
Soalan tu mudah jaa. Nak jawap pun mudah jaa dan mungkin dah ada kalangan pimpinan yang jawab yang tak sampai kat dia dan aku pun takdak nampak lagi.

Soalan tu sepatutnya dilihat sebagai mencabar atau pun sekurang-kurangnya patut mengejutkan depa dari tidur yang lena dibuai mimpi indah 'memegang tampuk pemerintahan Malaysia' mungkin.

Pada aku situasi ni cukup jelas bagi gambaran kat kita macammana realiti PAS yang dok ada. PAS yang hari ni mengaku sudah sedia nak bukak keahlian kat orang kafirbukan islam, 'dah sampai masa' TG Hadi Hadi kata.

Dari ucapan TG Presiden tu dalam masa yang sama bagitau tak kita macam ada benda-benda lain yang 'masanya dah berlalu', dah lepas.

Jangan terkejut kalau ada yang rajin selidik sapa antara yang jadi Pengkid tu, bagitau kat kita ada dari kalangan anak ahli PAS, malah mungkin anak Pimpinan PAS.

Mesti ada yang akan kata "takkan kut". Kalau betui ada pun aku tak heran langsung pasai PAS nampaknya macam seolah-olah tak berapa nak peduli lagi pasai benda-benda macam ni, maksud aku "tarbiah." Tarbiah syeikh!

Aku biasa tengok senarai keahlian Puteri Umno kat Parit Buntar masa awai depa tubuh lapan tahun dulu kut. Yang aku kenai kalau tak silap aku 3 orang anak orang PAS. Yang sorang tu ayah dia memang kaki kedai kopi, pantang nampak orang Umnoi mesti dia nak smash punya.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

Kalau ada sapa-sapa yang rajin pi check tengok anak sapa yang pakai tudung tapi gambar bogel dan separuh bogel cukup panas bluetooth dari handphone ke handphone. Kat kampung aku sendiri kompom anak orang PAS, pak dia selalu ada kat surau tapi anak dia, demi 'kasih' bagi gambar 'barang' dia kat jantan.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

Kalau check geng Pengkid ni pun macam tu jugak laa aku rasa. Tambah pulak anak-anak yang merantau ke bandar-bandar besar nak cari gaji lebih lumayan. Berapa ramai mak-pak yang taktau pun rumah anak dara depa kat mana, nak pi tengok lagi laa jangan harap. Kawan-kawan dia sahih laa tak kenai.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

Aku cukup ingat kata kawan aku, orang Baling, pasai apa kat sana cawangan PAS kuat walaupun ahli tak ramai banding dengan yang kat kampung aku Parit Buntar yang ahli PAS ramai tapi cawangan tak kuat.

Dia kata pasai kat sana PAS tu dah jadi macam hakmilik keluarga. Kalau pi ceramah habih depa angkut anak bini, tak kira laa anak kecik mana pun, lepas habih pantang jaa dah bawak rata pi program PAS.

Lagi satu dia kata pasai kat sana PAS tu disembang kat dalam rumah, disembang kat meja makan. Pak boleh sembang bab politik dengan anak, mak boleh sembang bab politik dengan menantu. Pi mana pun anak tu dia kata, insyaallah kalau tersesat pun dia pandai cari jalan balik, dia masih ingat lagi jalan nak pi markaz.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

Sampai hari ni aku taktau apa sebenarnya yang ada kat dalam kepala otak orang yang jaga bab-bab Dakwah dalam Dewan Ulama'. Aku taktau pasai maklumat yang sampai kat aku tak pernah sama dengan tindakan/aktiviti yang aku nampak.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

Kat atas kertas memang nampak hebat dengan istilah yang banyak aku tak faham. Tapi bab perlaksanaan kadang-kadang sampai ke sudah tak nampak-nampak pun.

Tarbiah syeikh! tarbiah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...