Fasal 14. Perlembagaan PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 16, 2008

Fasal 14. Perlembagaan PAS

Fasal 14. Hak-hak dan Kewajipan Ahli

(1) Hak-hak ahli

(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.

(b) Setiap ahli berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Setiap ahli berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti

(d) Setiap ahli berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

(e) Setiap ahli berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

(2) Kewajipan-kewajipan ahli:

(a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.

(b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.

(c) Menghadiri mana-mana khursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan.

(d) Memperdalam ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.

(e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.

(f) Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

(dari Edisi Pindaan 2002)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...