Aku baru perasan minyak mentah turun lagi. Dalam masa yang sama index komposit BSKL pun menjunam jugak. Jenis jarang tengok berita mana nak tau. Aku pun bukan reti sangat pasai ekonomi ni. Dah bukan orang ekonomi, ada ilmu sikit pun takat ambik subjek perdagangan masa SRP dulu jaa, tu pun tah berapa persen yang tinggai pun tau tau, dah lebih 20 tahun, biasa laa, melayu mudah lupa.
Tapi yang aku tak puas hati, tah bila laa Sharir Samad nak perturun lagi harga petrol. Sebelum ni bila minyak dunia turun, tah aku pun tak tau berapa persen, minyak turun takat sekupang. Taktau laa pulak kalau pasai panas musim pemilihan ni PakLah boleh perturun lebih dari RM0.70, kut-kut dia nak ambik hati perwakilan, kita yang tak Umnoi ni pun untung sama.
Tambah pulak turun kali ni pun agak banyak jugak. BSKL turun di bawah seribu mata jadi 996.48 mata, turun 19.86 mata dari semalam. Minyak pulak turun 4.24% jadi $89.90, tak jauh dah dari $75 masa PakLah penaik minyak hari tu.
Ada jugak dulu masa petrol naik, member perli bila aku bising lebih-lebih pasai harga minyak. "Takat kereta kecik yang tu berapa sangat minyak, isi sepuluh ringgit pun masih boleh sampai Penang." Memang laa boleh sampai Penang tapi masalahnya nak balik tak lepas dah.
Yang paling aku tak puas hati pasai pasai turun takat sekupang tu laa kut, kak aku yang duduk kat Kuala Terengganu tu tak balik beraya laaa kali ni. Aku nak tanya pun tak sampai hati, nak sponser duit minyak pun aku pun tak berapa nak ada.
Kalau aku jadi dia laa, takdak seribu dalam pakit pakai tak balik laaa. Kurang-kurang pun nak kena jugak beli keropok losong dua tiga puluh batang, keropok kering dua tiga bungkus, budu dua tiga botoi. Lepas tu pulak nak kena jugak hulur kat orang tua seratus dua. Uiish... tak cukup seribu. Takkan lepas raya nak makan pasir, nak tunggu hujung bulan lambat lagi pulak tu.
Konon sempena hari baik bulan baik ni PakLah suruh rapatkan silaturrahim. Nak rapat tara mana kalau anak cucu nak balik raya pun tak lepas.