Pengundi hantu, apa kita perlu buat sebelum atau pada 25 September 2007, Selasa ni!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 23, 2007

Pengundi hantu, apa kita perlu buat sebelum atau pada 25 September 2007, Selasa ni!!!

Rentetan cerita pengundi hantu, ni nak kena bagi tau pada sapa-sapa yang belum tau, terutama sekali orang-orang yang patut tau tapi saja tak mau ambik tau dan depa-depa ni memang ramai, terlalu amat ramai.

Isunya masih lagi Rocky Bru dan disusuli dengan beberapa lagi “phantom” yang menzahirkan diri mereka. Apa yang patut kena buat kalau dalam situasi ni. Mungkin ada yang tanya pasai apa sebelum atau pada 25 September 2007. Yang tu kena jawab panjang lebar, insyaallah lain kali.

Berbalik kepada persoalan kita, jangan kita anggap kita dak kut. Macam baru ni sorang kakak mai kaunter bergerap SPR nak pindah alamat mengundi, bila disemak nama dia ada di Sabah, kakak yang kat sebelah dia pun nama kat Sabah jugak, sekampung. Tapi masalahnya depa dua ni tak kenai pun dan depa kata bukan setakat tak pernah duduk di Sabah, mimpi pi Sabah pun tak pernah. Nasib baik la SPR ada buat Kaunter Bergerak kat depan taman depa duduk.

Jadinya pertama sekali kita kena pastikan kita tidak sama spesis dengan HANTU, bukan kita saja, anak bini kita kalau ada, pak mak kita kalau ada, adik abang kakak kalau ada, sahabat rapat, jiran sebelah menyebelah, rakan sepejabat, member semeja kedai mamak, malah semua orang dikeliling kita yang kita yakin belah kita. Kita kena semak no Kad Pengenalan kat Web SPR.

http://daftarj.spr.gov.my/

Jangan klik lagi, baca laa sampai habih dulu.

Masuk ke situ, hanya perlu isi nombor kad pengenalan sahaja, klik SEMAK dan akan dipaparkanlah kat mana tempat mengundi penama Kad Pengenalan berkenaan, kalau dah mendaftar laaa, kalau tak pernah didaftarkan takkan ada nama kat situ. Dipaparkan Parlimen mana, DUN mana, Daerah Mengundi mana, Lokaliti mana..

Kalau nama ada dan memang ditempat yang sepatutnya, ok. Kalau takdak atau ada tapi tidak di tempat yang sepatutnya, apa perlu kita buat. Jangan peduli dulu pasai apa jadi macam tu, malaun mana punya kerja, tak dan dah ni, tinggai berapa jam aja lagi untuk kita bertindak sebelum habis waktu pejabat 25 September 2007.

Mudah saja, Penama kad Pengenalan tersebut kena pi ke mana-mana Pejabat POS terdekat, terus pi ke mana-mana kaunter yang kosong, tanya kat kerani yang bertugas, saya nak DAFTAR MENGUNDI. Tak kira nak daftar baru ka, nak pindah alamat ka, pakai borang yang sama, kerja Pegawai SPR nanti, kalau nama tak ada lagi kira Pengundi Baru, kalau dah ada nama tu kira Pindah Alamat.

Kalau penama tu bukan kita tapi orang yang kita rapat, KITA kena pastikan depa pi Pejabat POS. Kalau tak berapa yakin, kita kena heret depa. Kalau perlu ambil cuti, kita kena ambik cuti, kalau kita biasa ponteng, ni la masa yang paling perlu kita ponteng, kalau kita biasa mengulat, ni la masa yang paling perlu kita mengulat. Tak kira apa istilah dan kaedah pun yang kita nak guna, mesti sampai di pejabat pos dan isi BORANG A. Bukan kita isi, kita cuma bagi kat pengenalan, kerani tu yang isi, bukan free, depa claim kat SPR, duit rakyat laa tu.

Akhir sekali satu ingatan dari saya, katalah pilihanraya bulan 2 tahun depan, maknanya kita (penama kad pengenalan tadi la) ada harapan layak untuk mengundi, tapi disebabkan sikap kita yang TAK PA, kita tak pi ke mana-mana Pejabat POS SEBELUM ATAU PADA 25 SEPTEMBER 2007 dan suruh kerani kat situ isi BORANG A, kita tak boleh mengundi di tempat yang sepatutnya kita mengundi.

Bila malam hari mengundi, diumumkan PARTI yang patut kita sokong kalah 42 undi. Esok bila kiraan semula, diumumkan PARTI yang patut kita sokong kalah 1 (SATU) undi. Masa tu kalau perlu pindah, elok la pindah ke tempat lain, takut nanti ada yang makan penampar.

Takat penampar boleh tahan lagi, tapi kalau la ditanya kat dalam kubur, KALAU malaikat kat sana tanya, agak-agak apa kita nak jawap? Agak-agak masa tu guna penampar sebab kalau penampar mungkin kita boleh tahan. Sendiri fikir laa tapi jangan lama sangat sebab masa bertindak akan berakhir bila habis waktu pejabat 25 September 2007

Tunggu lagi?? Klik sini dan semak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...