Berita Harakahdaily semalam, Rocky Bru mengistiharkan diri sebagai pengundi hantu. Kalau diteliti cerita tu memang sah ada konspisari yang lebih hebat dari yang dibuat sebelum pilihanraya 2004.
Apa masalah kita yang sebenarnya?
Bagi saya ahli biasa yang cukup berminat dengan "Daftar Pemilih" tidak dapat tidak ingin mempersoalkan setakat mana sebenarnya usaha PAS sendiri. Pada saya PAS nampak seperti HILANG FOKUS. Mungkin saya salah kerana tidak ada maklumat tapi itu mungkin kelemahan PAS sengiri dalam proses menyalurkan maklumat kebawah, dalam era dunia tampa sempadan dan dihujung jari sekarang ini, tidak sepatutnya masalah maklumat tidak sampai.
Berbalik kepada persoalan asal, masalah kita adalah Daftar Pemilih SRP tidak boleh dicabar di mahkamah. Memanglah ada baik dan buruknya tidak boleh dicabar di mahkamah, tapi dalam keadaan sekarang Daftar Pemilih tidak sepatutnya KEBAL.
Untuk pengetahuan, berdasarkan maklumat dari pegawai SPR, setiap maklumat dalam Daftar Pemilih adalah jitu, dengan maksud setiap apa yang dilakukan ke atas Daftar Pemilih ada rekod. Ada rekor siapa yang memasukkan data, siapa yang menyemak data tersebut dan siapa pulak yang mengesahkan data tersebuy. Dan jika ada perubahan yang dibuat contohnya untuk urusan pindah alamat, ada rekod pegawai mana yang melakukannya.
Berdasarkan penerangan dari pegawai SPR tersebut juga, Pejabat SPR negeri hanya memasukkan data dari Borang A yang mereka terima dan jika bakal pengundi tersebut beralamat di negeri lain, borang tersebut akan dihantar untuk diuruskan oleh negeri terbabit. Proses lain seperti mengeluarkan nama pengundi dari senarai dilakukan oleh Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
Apa sebenarnya masalah kita?
Masalah kita yang paling besar ialah, Setiausaha SPR mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan keatas Daftar Pemilih, dan bila digabungkan dengan masalah pertama, masalah kita menjadi sangat besar, menjadi MAHAMASALAH.
Secara tersuratnya, Setiausaha SPR boleh buat apa sahaja ke atas Daftar Pemilih dan siapa pun tidak ada yang boleh menghalangnya.
Memang benar, kita dibenarkan melakukan proses BANTAHAN dan ianya mengembirakan kita bila bantahan kita diterima, tapi siapa yang boleh pastikan yang kita layak bergembira bila tiba hari Penamaan Calon, pihak SPR mengeluarkan Daftar Pemilih yang DISAHKAN pada suku mana yang mereka suka dan DIKEMASKINIKAN khas untuk pilihanraya tersebut. Entah apa yang telah dikemaskinikan kita tidak tahu dan kita hanya ada masa beberapa hari sahaja sebelum hari pengundian untuk mengenalpasti apa yang telah dikemaskinikan dan hanyalah setakat boleh mengenalpasti sahaja.
Apa masalah kita yang sebenarnya?
Selain dari tuntutan yang telah dibuat oleh BERSIH, MAHAMASALAH tersebut perlu sama diselesaikan. Dan ianya adalah lebih perlu dari Dakwat Jari ataupun Pembersihan Daftar Pemilih