Tak faham aku apa sebenarnya isu di sini. Aku rasa cadangan ni tak sama dengan salah satu saranan dari bersih iaitu mencelup jari dalam dakwat. Kalau betul kaedah cap jari, macammana ianya memberikan keupayaan untuk wakil pembangkangdalam bilik mengundi untuk membasmi pengundi hantu.

Aku tak rasa SPR akan bagi wakil calon untuk periksa cap jari setiap pengundi. Kalau dibenarkanpun aku bersetuju dengan Ketua Puteri yang kurang bersetuju kerana cadangan ni akan melambatkan proses pengundian selain akan meningkatkan lagi belanja pilihanraya dan yang lebih penting lagi ianya tidak membantu menjamin pengundi hantu tidak dapat mengundi.