Bloggers United No Fear | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 23, 2007

Bloggers United No Fear



Nak kena letak jugak logo ni, walaupun agak lambat tapi rasanya masih tak terlewat. Aku sebenarnya tak pernah menyokong kebebasan mutlak, setiap apa pun perlu sempadan, tapi yang aku lebih percaya kepada hujjah, pasai apa ambik jalan mahkamah kalau depa-depa yang saman tu ada access terus dengan media, arus perdana lagi. Kalau ada yang tak kena, hujjahkan la. Lagi satu dah saman ke mahkamah satu hal, yang bangkitkan pasal hina mahkamah pasai apa pulak, kes-kes macam ni la yang sepatutnya digunakan untuk mendidik masyarakat tentang 'konsep kebebasan' yang nak 'kerajaan' terapkan kepada masyarakat.
Tapi aku rasa yang lebih penting kat sini, terdapat mainan polotik. Sekurang-kurangnya 'depa' rasa dengan saman menyaman ni boleh bagi takut orang. Kan pilihanraya dah tak lama lagi.....
Cakap pasai pilihanraya,
DAH DAFTAR?
ANAK DAH CUKUP 21 TAHUN?
JIRAN SEBELAH MENYEBELAH?
KAWAN SEPEJABAT?
JEMAAH SEMASJID / SURAU?
AHLI KEDAI KOPI?
ini lah kerja yang paling mudah yang semua orang boleh buat tapi tak ramai yang buat. Pada aku tak kira laa depa nak undi apa yang penting daftar dulu. Kalau daftar pun dak nak undi apa kejadahnya!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...