SPR Pinda Peraturan Pilihanraya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 13, 2006

SPR Pinda Peraturan Pilihanraya


Apa yang SPR nak pinda??

Nak pinda supaya SPR dapat ubah tempat mengundi para pengundi mengikut data yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa perlu pengundi isi borang tukat alamat macam yang dok ada la ni.

Apa implikasi??

Secara mudahnya pada pilihanraya depan, kerja pooling agent akan jadi lebih mudah. Cuma perlu pastikan alamat pada kad pengenalan adalah 'padan'dengan alamat tempat mengundi atau dalam bahasa SPR nya Lokaliti dan Daerah Mengundi. Masalahnya setakat hari ni belum ada peraturan yang membenarkan Pooling Agent calon yang bertanding melihat Kad Pengenalan Pengundi kecuali dengan persetujuan Ketua Tempat Mengundi. Itu pun mengikut "budi bicara" kalau ada bantahan dari pooling agent calon.

Apa tujuan??

Apa lagi kalau bukan pengundi hantu!! Kaedah ini pastinya akan dapat mengurangkan keberangkalian pengundi hantu terutamanya yang tergolong dari jenis 'hantu import'. Walau bagaimanapun jenis pengundi hantu yang "hidup balik" tidak akan terjejas dengan perubahan peraturan ini.

Kesannya kepada keputusan??

Dipercayai akan memberi kesan kepada kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang (baca: UMNO dan PAS) kerana kedua-dua pihak dipercayai ada gerakan tersendiri memindahkan pengundi, cuma yang membezakannya mungkin cara gerakan itu dibuat samada menyalahi peratusan pilihanraya ataupun tidak.

PAS sambut baik SPR pinda peraturan pilihan raya


SPR Mahu Pinda Undang-undang Bagi Bolehkannya Tukar Alamat Pemilih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...