Dah Nak Pilihanraya ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 12, 2006

Dah Nak Pilihanraya ka?

Pilihanraya Sarawak 20 Mei ni. PAS bertanding di Benting Maro ka apa tah. Aku kurang minat sikit politik Sarawak ni sebab tak faham. Sebelum ni memang dah banyak parti di Sarawak tapi semuanya dalam BN. Baik buat satu parti lagi senang.

Tiba-tiba kali ni ada pulak pakatan pembangkang. Ingatkan PKR dan DAP saja tapi rupanya ada gak parti lain. Kira satu perkembangan menarik laaa. Tapi PAS tak masuk pakatan tu mungkin sebab DAP tak bagi kut, tapkun PAS yang takmau bersama dengan DAP. Apa pun aku setuju sangat tak payah kerjasama dengan DAP, sekurang-kurangnya buat masa ni. Kata yang selalu Allahyarham Ust Fadhil Noor guna, keadaan kundusif, tapi masa la ni keadaan sangat tidak kondusif untuk PAS bersama DAP.

Apa-apa pun BN masih akan dapat memerintah Sarawak dengan selesa selepas pilihanraya ni, agakkan aku ja laaa...

Bagi yang di sememanjung, bila lagi nak mula kerja-kerja pilihanraya. Takkan nak tunggu bubar parlimen dulu kut baru nak mula. Kat sini dulu masa 1999, popular satu frasa "tunggu bubar parlimen baru nak mula kerja, lepas tu tunggu berapa nak kalah." Satu frasa yang sangat tepat dan berkesan.

Banyak kerja yang kena mula la ni. Terutamanya yang melibatkan daftar pemilih. Daftar pengundi baru. Buat cula. buat peta lokaliti. Kemudian buat pelan tindakan, unjuran dan dalam masa yang sama jangan lupa pulak nak buat ceramah. Jangan sibuk sangat buat semua kerja-kerja teknikel yang memang takkan habih sampai terlupa kerja-kerja tradisional PAs, ceramah, tamrin, usrah dan mesyuarat.

Memang ka dak tak penting, yang penting kita kerja. Bila dah kerja baru ada harapan nak dapat gaji, kalau tak kerja sapa nak bayar gaji???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...