Tahap kecanggihan??? |
Kalau takat nak mudah bebudak tu call makpak nak bagitau depa kena balik lambat pasai ada tuisyen, suruh laa depa pakai public phone. Paksa telekom pasang banyak-banyak public phone kat sekolah. Kalau perlu pasang ikut jumlah kelas yang ada.
Nak baik lagi suruh pasang yang jenis pakai kad punya, suruh koperasi sekolah juai kad telefon. Tambah lagi untukg sekolah dapat tambah business.
Cikgu-cigku la ni dah laa banyak sangan kerja. Beban tugas belambak-lambak. Nak tambah lagi satu kerja depa nak check handphone budak-budak. Silap-silap tiap-tiap hari kena buat spotcheck sebab ada handphone hilang.
Pulak tu bukan semua cikgu2 teror bab-bab handphone ni, handphone semakin canggih, takut pulak penuh internet dengan gambar cikgu tengah melepas.
Tapi yang sahih akan banyak terjadi dalam bab lucah. Satgi tengah sedap-sedap cikgu dok ajar sejarah Melaka tetiba ada budak kat belakang bersyair sambil tengok handset
Tersebutlah kisahhhh....
Laksmana Hang Tuahhhhh...
(kena bayangkan cerita P Ramlee dalam cerita apa aku tak ingat, tapi scene masa Mahmud Jun tengah maca buku sejarah sebelum bini dia suruh pi kedai beli susu kut)
NI SEMUA HARU PUNYA CERITA!!!!