Sepatutnya dipanggil PELAMPAU ISLAM | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 12, 2006

Sepatutnya dipanggil PELAMPAU ISLAM

   
Untuk maklumat lanjut sila ke Blog Teresa Kok, MP Seputih.

Bagi aku inilah yang dikatakan Pelampau Islam. Islam hanya membenarkan perempuan Muslim menanpakkan setakat pergelangan tangan tangan dan muka sahaja tapi tiga beranak ni memang melampau. Bkan takat pergelangan tangan, pergelangan ketiak pun depa tunjuk. bukan setakat tak tutup belahan leher, belahan dada pun depa bukak.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

   
Perkataan seperti walaupun berbau pertuduhan bukanlah sebenarnya pertuduhan. Memang boleh jugak ditakrifkan sebagai penghinaan. Tapi kalau dah memang begitu kenyataannya, salahkah jika polis wanita tersebut hanya sekadar bercakap benar walaupun pahit.

Taktau laa apa perkiraan depa ni, kalau depa harap kes ni akan jadi seperti kes ketuk ketampi bogel, jangan harap. DAP akan semakin jauh dari undi Melayu. Tapi jika kes ni sambungan dari isu Seruhanjaya Antara Agama (IRC), mungkin akan dapat pendedahan sewajarnya terutama untuk mereka-mereka yang sewaktu dengan 'tiga beranak tersebut'

kalau berminat baca pendapat yg lain juga:
http://www.jeffooi.com/archives/2006/01/police_story_ra.php
http://bolehtalk.blogspot.com/2006/01/police-naked-squatting-then-groping.html
http://ktemoc.blogspot.com/2006/01/police-naked-squatting-then-groping.html
http://politics101malaysia.blogsome.com/2006/01/07/ive-seen-more-skin-that-this/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...