Tahniah HAMAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 28, 2006

Tahniah HAMAS

   
Keputusan akhir menunjukkan HAMAS memenangi 76 kerusi, FATAH 43 dan baki 13 kerusi dimenangi oleh parti-parti kecil dan Bebas.

Menang, memang itu yang semua orang nak. Persoalan yang paling utama selepas menang adalah adakah kita layak untuk menang. Inilah ujian yang lebih besar dari berjihad di medan perang. Perang ni mudah dari segi pilihannya. Ada dua pilihan sahaja. SYAHID atau MENANG. Tapi bila dah menang macam-macam benda akan timbul. Bermacam-macam kehendak penyokong yang sama-sama berjuang dulu perlu bukan sahaja didengari, tapi dilihat didengari malah akan ada ramai yang sampai tahap memaksa pimpinan menurut kehendak mereka.

   
Di Algeria dulu pun menang jugak. Menang cara demokrasi tapi akhirnya kemenangan FIS tidak diiktiraf dan hampir semua pimpinan dan aktivis di tangkap. Disumbat dalam penjara. Senyap sunyi dunia Islam pun macam lupa.

Di Afghanistan dulu pun menang. Menang cara perang militari. Lepas tu depa perang sesama sendiri pulak. Jenis memang suka berperang kut. Mungkin takreti selain berperang.

   
Kali ni Palestin pulak. Menang cara demokrasi, dalam pada masa sama mempunyai sayap militari. Tak tau lagi macammana, apa akan jadi kemudian. Moga-moga dapat mempamirkan kesucian, kebaikan, keadilan dan keunggulan Islam dengan dapat mengisi kemenangan tersebut sebaik mungkin.

Berjuang untuk menang memang payah. Tapi lebih payah untuk mengisi kemenangan tersebut. Menjadi pembangkang memang payah, tapi lebih payah untuk memerintah. Pentingnya HAMAS mula berfikir sebagai golongan yang memerintah, tidak lagi sebagai yang diperintah. Mentaliti memerintah tidak boleh sama dengan mentaliti diperintah walau macammana suasana sekali pun.

   
Satu hal lagi yang tidak boleh terlepas pandang adalah hal-hal GHANIMAH. Bila menang mesti ada ghanimah. Ghanimah nilah punca paling utama yang menyumbang kepada kegagalan mengisi kemenangan. Lumrah manusia, Bila lapar mudah ingat tuhan. Bila kenyang mula pasang angan-angan.

Apa kita nak makan.
Di mana kita nak makan.
Sapa kita nak makan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...