Demo: Gambar hiasan |
Memang dah agak kes Moorthy akan digunakan. Puak-puak tu memang tak puas hati sebab tak berjaya dengan IFC. Bila timbul kes ni cepat-cepat depa exploit. Kes pelampau Islam tiga beranak tu pun nasib baik berlawan dengan polis, kalau yang tangkap depa tu JAWI ka, JAIS ka, tentu punya depa jaja rata keliling.
Tapi satu benda yang kita kena belajar dari puak-puak ni adalah, depa ni berperancangan, berstrategi, dan memang hebat strategi depa. Masa IFC dulu depa berjaya cucuk beberapa MP Islam untuk turut sain memo, kali ni depa berjaya pulak cucuk 10 menteri kabinet bukan Islam untuk hantar satu memo kepada Pak Lah.
1. Ong Ka Ting (MCA) - Menteri Perumahan dan Kerajaan
2. Chan Kong Choy (MCA) - Menteri Pengangkutan
3. Dr Fong Chan Onn (MCA) - Menteri Sumber Manusia
4. Dr Chua Soi Lek (MCA) - Menteri Kesihatan
5. Dr Lim Keng Yaik (Gerakan) - Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
6. S. Samy Vellu (MIC) - Menteri Kerja Raya
7. Bernard Giluk Dompok (UPKO) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
8. Dr Maximus Ongkili (PBS) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
9. Leo Michael Toyad (PBB) - Menteri Pelancongan
10. Peter Chin Fah Kui (SUPP) - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Memetik blog Jeff Oii :-
"Ten non-Muslim cabinet ministers in Abdullah Badawi's administration have submitted a joint memo to the prime minister, urging him to review all laws pertaining to religious conversion and potential confusion attributed to it."
Nak tau lebih lanjut ada isi memo tu boleh check Nanyang.com atau Translate (aku baca dah tapi tak faham)
Kalau PakLah fikir sokongan bukan Islam, fikir kepentingann BN, fikir pulak sokongan yang akan berkurang dalam kabinet, dan fikir entah apa lagi kepentingan lain lebih dari kepentingan menjaga maruah Islam dan kebajikan orang Islam, habis laa kita. kalau PakLah masih setakat guna perkataan "kita tangguh dulu" macam masa isu IFC dulu, akan makin beranilah lagi puak-puak ni di lain kali.
Walaupun tak yakin tapi aku amat harap beberapa ilmuan Islam yang duduk dalam kabinet (yang tak berapa orang tu) sanggup hatta untuk "berperang" dengan "10 budak tak hitam" tersebut kalau perlu.
Satu lagi aku tertunggu-tunggu komen atau tindakan dari PAKEDA yang mengakui sebagai benteng orang Islam yang Pak Lah sendiri jadi ketuanya.
Untuk lebih memahami isu ni boleh baca
>> Blog PakDi
>> Bantahan PAS
Esok Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan DEMO selepas solat Jumaat di setiap Mesjid Negeri seluruh negara. JOM TURUN!!!! ADA BERANI????