Istihar harta!!!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 03, 2006

Istihar harta!!!!!

   
Agak-agak pemimpin Malaysia berani dak buat statement macam President Iran ni, "satu akaun bank kosong dan sebuah kereta lama berusia 30 tahun." Tobat tak berani. Sebelum ni dia suruh buang Israel dari peta dunia sambil sifatkan holocoust hanya mitos. Dia juga haramkan semua musik barat dari TV Radio Iran.

Nak banding dengan Malaysia? Menteri Penerangan pulak yang sebok2 nak jemput artis 'antarabangsa' masa sambutan perayaan hari Merdeka baru-baru ni. Buat alasan kata ramai yang hendak padahai dia sendiri yang teringin kut. Dah tentu dia jemputan khas VIP, takkan dia nak pi tengok konsert tu beli tiket, masuk macam orang ramai, haram!!

Tapi kan! boleh percaya ka kalau Pak Lah istiharkan yang dia ada cuma sebuah kereta Proton Saga magma tahun 1980 dan akaun bank Islam dia hanya ada RM10.00, mampus orang tak percaya. Kalau dia istiharkan dia ada RM10juta kat dalam bank pun belum tentu aku percaya!!!!!

Tapikan... aku mushkil jugak awatnya pemimpin kerajaan PAs Kelantan tak dak jugak istiharkan harta depa? Aku rasa cadangan ni dah lama berbunyi. Takkan takut jugak kut?? Kalau ikut pepatak melayu,

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Mungkin jugak laaa kan. Main dengan dunia ni bukan boleh kira sangat. Tara Nakhaie yang pernah jadi Naib YDP PAS pusat pun tumbang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...