Satu lagi fatwa songsang Nik Aziz? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 04, 2011

Satu lagi fatwa songsang Nik Aziz?

Harakahdaily melaporkan:
MADINAH, 4 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini.
 
Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betuL, lapor penulis Mohd Sayuti Omar melalui blognya.

Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini.
 
"Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya.

Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau.

"Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya.

Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini.

Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis.

"Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya.

Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t.

Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan. - Hrkh.
Satu lagi fatwa songsang Nik Aziz?

Aku yakin itu mungkin antara tajuk entry blog pencacai pandi kutty hari ni. Ikut suka la depa nak tegok kut mana pun kenyataan TG Nik Aziz ni. Itu hak demokrasi depa di dunia tapi tentunya akan diadili di akhirat.

Apa pun, bagi ahli dan penyokong PAS, kenyataan TG Nik Aziz tu cukup jelas dan terang.

Kalau ahli dan penyokong PAS nak anggap sebagai arahan dari TG Mursyidul Am maka kena wala' dan wajib turun 9 Julai nanti. Kalau nak anggap sebagai gesaan pun boleh jugak, kena usaha seboleh mungkin untuk turun. Kalau ada yang nak anggap sebagai sekadar nasihat, ikut suka nak turun ka takmau. Ikut hangpa la nak takrifkan atau takwilkan macamana.

Aku yakin ramai yang sedikit kecewa pasai TG Nik Aziz kemungkinan besar tak ikut sekali himpunan BERSIH 2.0 9 Julai nanti pasai masih ada di luar negara. Kalau TG Nik Aziz turun sekali, tentu lebih ramai lagi yang sanggup buat apa saja untuk turun himpunan BERSIH 2.0.

Tapi aku lebih yakin, kebanyakkannya tak kisah pun TG Nik Aziz turun atau tak turun, tambah pulak dengan keadaan kesihatan dan fizikal dia macam tu, memang tak patut sangat kalau ada rasa ralat. Kenyataan dari TG Nik Aziz macam yang kat atas tu pun dah cukup untuk jadi pembakar semangat.

Bagi aku sendiri, aku setuju sangat TG Nik Aziz ada diluar negara sampai sekurang-kurangnya 9 Julai nanti. Kalau ada kat dalam negara, kalau jadi apa-apa hal, payah...

Kalau ada apa-apa yang terjadi dan perlu buat keputusan segera, biar TG Hj Hadi dan Mat Sabu yang buat keputusan bagi pihak PAS. Tak kira la walau apa pun keputusan yang depa buat, kalau ada damage kepada PAS kemudiannya, kita masih ada Mursyidul Am untuk repair damage tu.

Lagi satu, kalau TG Nik Aziz berarak sama aku takut ada yang tak tahan sabar kalau tiba-tiba TG Nk Aziz pun kena gas dan air kimia FRU. Aku taktau orang lain tapi aku sendiri tak yakin aku boleh sabar kalau tengok TG Nik Aziz sesak nafas dan batuk-batuk kena asap, takut tiba-tiba naik syeh macam prebet Adam kat Chow Kit dulu.

Bagi ahli dan penyokong PAS yang masih lagi teragak-agak nak turun atau tak elok dengar dan ambik faham betul-betul apa sebenarnya intipatinya. harap-harapnya jangan pulak ada yang buat lawak kata "belum sampai seru..."




Nota kaki makan cekam:  "Satu lagi fatwa sesat Nik Ajis" kata pencacai pandi kutty Umno BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...