PAS Kelantan tiba-tiba lunak tak berani label Hj Husam sebagai pengkhianat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 02, 2016

PAS Kelantan tiba-tiba lunak tak berani label Hj Husam sebagai pengkhianat?

Mungkin kut PAS Kelantan nampak strategi menyerang secara BANGANG dan 'gila babi' macam tu akan lebih merugikan PAS Kelantan. Tambah-tambah bila dilihat sambutan yang Hj Husam terima selepas mengumumkan tukar jersi menyertai Amanah

Gambar lama suasana mesra Husam dan Nik Amar
Harakahdaily dalam berita bertajuk "Hak masing-masing untuk pilih parti politik" melaporkan:
Tindakan Datuk Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi kesan kepada PAS.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebaliknya juga mengalu-alukan keputusan bekas Naib Presiden PAS itu kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Beliau juga turut mendoakan kejayaannya (Husam) memimpin parti serpihan PAS berkenaan. - Hrkh.
Aku sikit mushkil pasai apa Hj Husam tak digelar pengkhianat, tak macam bekas pemimpin PAS yang lain yang lebih awal keluar dari PAS dan bersama Amanah digelar pengkhianat kepada parti.

Memang ada sikit beza antara Hj Husam dengan bekas pemimpin PAS yang lain tu, depa keluar dari PAS tapi Hj Husam berkeras kata setia dengan parti tapi akhirnya dipecat oleh PAS.

Kalau nak ikut 'teruk' tindakan Hj Husam lebih 'teruk' sebab dia terus memburukkan nama PAS termasuk mempertikai kredibiliti dan ketelusan Hj Hadi sebagai Presiden PAS walaupun dalam masa yang sama terus kata sayangkan parti dan akan terus setia dengan PAS.

Sebaliknya bekas pemimpin PAS yang lain tu cuma mempertikai kredibiliti dan ketelusan Hj Hadi setelah keluar dari PAS.

Makanya, kalau nak ikut tahap 'teruk' Hj Husam lebih layak digelar sebagai pengkhianat dan antara alasan dia wajar dipecat pun antara lain sebab dia mengkhianati nama baik PAS.

Kalau tengok kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Ust Nik Amar pun nampak lembut, senada dengan kenyataan Ust Ahmad Yakob sedangkan Ust Nik Amar selama ni terkenal dengan watak 'bekeng' dan dia dilihat seteru utama Hj Husam dalam PAS Kelantan.

Harakahdaily juga melaporkan:
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai hak peribadi Husam.

Katanya, PAS tidak ada hak untuk menghalang hasratnya itu apa lagi Husam bukan lagi ahli parti itu.

"Dia bukan lagi ahli PAS, jadi terserah pada dia hendak sertai parti mana.

“Malah kita harap dia sudah bertemu dengan pilihannya sendiri. Ia tidak memberi masalah kepada kita (PAS) lagi," katanya. - Ibid.
Tidak langsung ditimbulkan isu Hj Husam perlu letak jawatan sebagai wakil rakyat macam yang diasak kepada bekas wakil rakyat PAS yang lain yang keluar PAS dan menyertai Amanah.

Tidak timbul isu 'gaji haram' macam yang diasak kepada bekas wakil rakyat PAS yang lain yang keluar PAS dan menyertai Amanah.

Mungkin kut PAS Kelantan nampak strategi menyerang secara BANGANG dan 'gila babi' macam tu akan lebih merugikan PAS Kelantan.

Tambah-tambah bila dilihat sambutan yang Hj Husam terima selepas mengumumkan tukar jersi menyertai Amanah, contohnya Amanah Pasir Putih terus melancarkan penubuhan 16 cawangan baru sehari selepas pengumuman Hj Husam.

Aku rasa PAS Kelantan takut serangan secara BANGANG dan 'gila babi' macam tu mungkin boleh mendatangkan rasa simpati kepada Hj Husam termasuk kepada ahli PAS terutama diperingkat akar umbi.

Kenyataan MB dan TMB Kelantan tu juga senada dengan kenyataan Hj Hadi Presiden PAS yang juga lunak, tiada lagi istilah-istilah setaraf broker, barua, anjing, babi dan sebagainya yang pernah keluar dari mulu dia sebelum ni.

Sinarharian dalam berita bertajuk "Hadi kepada Husam: Pas 'tak kisah'" melaporkan:
Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa. - Sinarharian.
Pasai tu jugak kut sekarang ni PAS dah tidak lagi gunakan Hadith Nabi berkenaan halal darah jika keluar jamaah untuk menghukum kepada ahli dan pemimpin PAS yang keluar PAS dan menyertai Amanah macam yang pernah dipopularkan oleh Ust Awang pondok Lanai bekas YDP PAS Baling dan juga Ust Azli Musa, Presiden Geng Ustaz Enterpris merangkap AJK PAS Pusat.

Cuma yang BANGANGnya facebooker 'walaun' PAS yang masih lagi BANGANG politik, tak boleh faham strategi PAS peringkat atasan, masih lagi guna strategi serang secara BANGANG dan gila babi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...