Mat Sabu kecewa Husam masuk Amanah sorang diri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 01, 2016

Mat Sabu kecewa Husam masuk Amanah sorang diri?

Kalau betul Hj Husam hebat, lepas ni tentu berbondong-bondong ahli PAS akan istihar keluar parti dan menyertai Amanah. Tapi kalau takdak 'gelombang' besar-besaran terutama di Kelantan, Amanah perlu bersedia untuk lebih 'dimalukan' lagi dalam PRU 14 akan datang.

AstroAwani melaporkan:
Teka-teki berhubung kedudukan Datuk Husam Musa dalam PAS terjawab apabila Bekas Naib Presiden parti itu mengumumkan penyertaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa.

Menurutnya, beliau menyertai Amanah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati.

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya di majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya di sini malam semalam. - AstroAwani.
Aku rasa takdak sorang pun yang terkejut bila Hj Husam secara rasmi tukar 'jersi' masuk Amanah. Malah ramai yang lebih hairan sebab apa Hj Husam ambil masa yang terlalu lama untuk menyertai Amanah selepas setahun Amanah ditubuhkan oleh kawan-kawan rapat dia dalam PAS dulu. Malah Hj Husam cuma menyertai Amanah selepas lebih 3 bulan dipecat dari PAS.

Ramai ahli dan penyokong malah pemimpin Amanah memang mengharapkan sangat-sangat Hj Husam segera menyertai Amanah kerana Amanah sangat memerlukan ketokohan dan kehebatan Hj Husam.

Tambah-tambah bila calon Amanah 'kalah teruk' dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai besar sebelum ni. Kekalahan tu bukan setakat undi yang calon Amanah dapat jauh lebih kecil dari yang calon PAS dapat tapi jentera yang mampu Amanah gerakkan juga  sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan jentera PAS dalam kedua-dua pilihanraya tersebut.

Sinarharian dalam berita bertajuk "Husam beri tonik baru kepada Amanah" melaporkan:
Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam Parti Amanah umpama tonik yang boleh beri kekuatan baru parti itu setelah berhadapan beberapa episod mengecewakan sebelum ini.

Perkembangan ini juga bakal menjadikan suasana politik negara khususnya di Kelantan menjadi lebih menarik kerana seteru utama Amanah iaitu Pas masih berkuasa di sana.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana selaku parti serpihan Pas, tentulah Kelantan menjadi tapak terbaik Amanah membuktikan keupayaannya kepada Pas.

"Penyertaan Husam ke dalam Amanah tidaklah mengejutkan kerana hampir semua pemimpin tinggi Amanah Kelantan adalah mereka yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

"Walaupun agak terlewat, tindakan ini mampu memberi lonjakan kepada Amanah yang sebelum ini mengalami penurunan moral ekoran kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya. - Sinarharian.
Ramai yang mengharapkan penyertaan Hj Husam tu boleh menjadi 'gelombang besar' untuk Amanah tapi malangnya penyertaan Hj Husam tu cuma dirasa hebat oleh penyokong Amanah sahaja. Pemimpin Pakatan Harapan dari PKR dan DAP pun tak dilihat teruja dengan kemasukkan Hj Husam ni,

Malah Hj Husam cuma istihar masuk Amanah seorang diri padahal sebelum ni digembar-gemburkan ada ramai Adun Kelantan yang bersama dengan Husam malah Pengerusi Amanah Kelantan Cikgu Wan Rahim pernah kata ada 10 Adun Kelantan akan menyertai Amanah.

Presiden Amanah Hj Mohd Sabu pun nampak macam sedikit kecewa bila Hj Husam istihar masuk Amanah seorang diri macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata penyertaan Husam tepat padanya kerana parti itu memerlukan individu yang mahir mengenai ekonomi.

“Dari segi angka, saya jauh kalah dengan Husam. Orang seperti dia (boleh) banyak mainkan peranan,” katanya.

Mohamad turut menyeru supaya Husam membawa lebih ramai lagi rakan-rakannya ke dalam AMANAH dalam usaha parti baru itu menuju ke Putrajaya dan selaras dengan prinsip parti itu, Islam rahmat kepada semua.

“Husam, jangan datang seorang, ajak ramai-ramai. (Kita kena) bekerjasama dengan semua pihak untuk betul-betul realisasikan Islam rahmatan lil amin,” katanya. - Mkini.
Apapun, kita tungguh perkembangan selanjutnya. Kalau betul Hj Husam hebat, lepas ni berbondong-bondong ahli PAS akan istihar keluar parti dan menyertai Amanah. Tapi kalau takdak 'gelombang' besar-besaran terutama di Kelantan, Amanah perlu bersedia untuk dimalukan dalam PRU 14 akan datang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...