Sejadah dan telekung bersalut lumpur... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 28, 2013

Sejadah dan telekung bersalut lumpur...

Rupa-rupanya mangsa banjir di Kemaman ini bukan saja kehilangan perkakasan rumah dan alatan dapur, tapi telekung, kain pelikat dan sejadah juga turut rosak bergumpalan.

Petang semalam on the way balik kerja dengar berita Radio, banjir besar yang terburuk dalam masa 90 tahun sedang melanda negara Brazil, banyak rumah  hanyut dan jambatan runtuh, berpuluh kematian dilapurkan. Terus teringat Kemaman yang saya dan kawan2 di NGO Wargakilang turun pi melawat dua hari lepas, kali ke-3 sejak banjir besar melanda daerah itu.  

Terfikirlah juga, Kemaman/Kuantan dan Brazil Darulbola ini berada dalam garisan khatulistiwa yang sama, ada petanda ka yang Tuhan nak habag mai? Kutub dunia sedang berubah ka? dll - wallahu aklam. Hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui.  
Bagi kami di NGO Wargakilang pula; orang kata banjir besar ini sebagai amaran dari Allah SWT ka, angkara green-house-effect ka, paksi bumi berubah ka apa ke bala ka - bila melihat dengan mata kepala sendiri, turun pi lihat sendiri penderitaan mangsa banjir yang berhadapan dengan musibah bah besar yang terburuk dalam sejarah hidup mereka ini, kami merasa bertanggungjawab untuk turun pi bantu.

(Sungai Air Putih pasca banjir - di kemuncak banjir, air naik hampir mencecah pucuk pokok yang paling tinggi itu)

Seawal hari ke-2 ke-3 lagi, kami sudah turun ke sana, masih saya ingat lebih kurang jam 11 malam tanpa lampu jalan kerana bekalan letrik terputus, kereta Triton 4WD saya tu membelah air banjir melalui jalan pintu gerbang yang menghubungkan Bandar Kemaman dan Kuantan yang terputus waktu tu, sedikit surut waktu kami ke sana, hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja.

Hari ke-10 kalau tidak silap, kami ke sana lagi bersama konvoi hampir 20 buah kenderaan membawa sumbangan barang2 makanan ke Kg Seberang Tayor, Pasir Gajah, Pasir Minal dan juga di Bukit Mentok.

Cuti hari Krismas 25-Dis, setelah hampir 3 minggu banjir berlalu, kami ke sana lagi; asalnya untuk program agihan perkakasan tidur anjuran Wargakilang bersama ANSARA Kulim.  ?


Tak sangkalah pula, perjalanan kami kali ini menemukan kami dengan pemandangan tragis, rumah-rumah yang hancur runtuh tersemban ke tanah dipukul banjir. Boleh nampak tilam2 dan perkakasan rumah antara sisa-sisa runtuhan tersebut, terbiar begitu saja sudah tidak mampu diselamatkan. Pemandangan begini tidak kami temui di kawasan-kawasan perumahan berhampiran bandar waktu trip yang pertama dan ke-2 hari itu.


Rumah yang agak kukuh pula, walaupun terselamat tetapi walau sudah pun hampir 3 minggu berlalu masih menunggu tilam/selimut/karpet kering di jemuran -atau pun mungkin tunggu nak dibuang saja.


Rasanya, sebulan lagi pun belum tentu tilam/katil/pinggan mangkuk dll ini dapat dibersihkan dan kawasan rumah ini pulih seperti biasa. Dlm suratkhabar/berita TV kata banjir dan pulih seperti sedia kala - realitinya, macam ini lah yang duk ada.


Rumah ini betul-betul terletak di tebing sungai Air Putih. Lantai yang saya berdiri ini ialah ruang dapur; habis dinding dapur dan bumbung rumah ini dihanyutkan air, tinggal lantai kayu ini saja yang masih kukuh di sini. Kalau ada orang kata banjir di Kemaman ini KECIK saja, buat apa duk bising-bising sangat, hat yang cakap itu dipersilakan turun mai ke kampung ini.


Orang putih kata, gambar boleh mewakili beribu-ribu perkataan. Rumah ini tinggal TANGGA sahaja.

Baca seterusnya di blog MonierMatDin NGO Wargakilang untuk cerita sejadah dan telekung yang bersalut lumpur...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...