Sebab sebenar sorang calon Ketua Pemuda PAS takut sangat nak berdebat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 13, 2013

Sebab sebenar sorang calon Ketua Pemuda PAS takut sangat nak berdebat?

Aku tak berapa nak faham alasan sorang lagi calon Ketua Pemuda PAS tolak debat tu. Pasai apa pulak dia kurang selesa, bukannya nak ajak bertumbuk dan kalau tak mau tonjolkan diri baik tak payah bertanding ketua pemuda, bertanding jadi pemeriksa kira-kira cukup laa...

Sinarharian melaporkan:
Kriteria untuk menjadi seorang pemimpin dan menerajui Pas tidak terhad kepada keupayaan seseorang berdebat atau petah berdialog di hadapan khalayak umum semata-mata sebalik calon itu perlulah mempunyai pakej lengkap dan menguasai pelbagai kemahiran.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan mana-mana calon yang bertanding akan dinilai berdasarkan aspek pemikiran yang berasaskan perjuangan Islam termasuklah penglibatannnya dalam aktiviti parti dan memiliki keperibadian akhlak Islam. - Sinarharian.
Memang tepat sekali apa yang bakal bekas Ketua Pemuda PAS Malaysia ni kata. Memang sepatutnya pemimpin PAS perlu ada pakej lengkap dan kuasai pelbagai kemahiran.

Cuma masalahnya komen dia tu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi yang mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakkan kempen secara sihat.

Cara jawapan Ust Din Tantawi tu pulak macam tak berapa nak setuju dengan debat terbuka macam tu. Aku tak berapa pasti pasai apa dia boleh tak berapa nak setuju padahal macam dia sendiri kata kemampuan berdebat salah satu kretetria untuk jadi pemimpin PAS. Gila apanya kalau Ketua Pemuda PAS contohnya takdak kemampuan nak berdebat.

Aku dok nampak kenyataan ni macam selari dengan kenyataan salah sorang calon Ketua Dewan Pemuda PAs Pusat.

Zul Hazmi, salah sorang calon Ketua DPPM ada update status dalam facebook dia:
Minggu lepas saya war-warkan bahawa saya dijemput untuk berdialog atau debat ala Presidential bersama rakan-rakan calon Ketua Pemuda Pas di Seksyen 18 Shah Alam pada 17/11/2013. Walau bagaimana pun semalam saya dihubungi oleh pihak penganjur memaklumkan bahawa program tersebut dibatalkan kerana salah seorang calon Ketua Pemuda menolak jemputan atas alasan kurang selesa dan tidak mahu menonjolkan diri. Malah saya juga dimaklumkan bahawa beliau turut menolak jemputan program seumpamanya dari kawasan-kawasan lain. - Facebook.
Sinarharian semalam ada melaporkan:
Calon Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyatakan kesediaannya untuk berdebat bagi menyuburkan amalan politik baru dalam parti itu sempena pemilihan Pas hujung bulan ini.

Kata beliau, amalan berdebat bukan medan untuk memburukkan pihak lawan, sebaliknya ia dilihat sebagai pentas untuk dinilai berdasarkan hala tuju dan kemampuan seseorang pemimpin.

“Saya setuju, dan bagi saya ia satu yang baik, sebab politik baharu khususnya anak muda generasi Y mahu melihat apa yang hendak dibawa oleh pemimpin mereka, politik baru yang kita mesti raikan. - Sinarharian.
Aku tak berapa nak faham alasan sorang lagi calon Ketua Pemuda PAS yang tolak debat tu. Pasai apa pulak dia kurang selesa, bukannya nak ajak bertumbuk dan kalau tak mau tonjolkan diri baik tak payah bertanding ketua pemuda, bertanding jadi pemeriksa kira-kira cukup laa...

Ataupun mungkin ada benda yang dia dah buat tak betul yang dia takut sangat moderator atau lawan dia tanya kut...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...