Pasai apa Khalid Ibrahim MB Selangor berani lawan Anwar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 14, 2013

Pasai apa Khalid Ibrahim MB Selangor berani lawan Anwar?

Tahniah untuk Khalid Ibrahim pasai berani lawan Anwar. Payah sangat kut nak jumpa pemimpin PKR yang berani lawan cakap Anwar

Anwar Khalid
Sumber imej: Selangorku
TheMalaysianInsider kelmarin dulu melaporkan:
Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya malam tadi memberikan isyarat tidak baik kepada bekas pemimpin korporat itu.

Menurut Anwar, Abdul Khalid tidak seharusnya berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri Selangor akan tetapi gagal membelanjakannya dengan baik. - TMI.
Bila aku tengok berita ni, benda pertama yang mai kat otak aku, Khalid Ibrahim mungkin dah tak lama jadi MB.

Pasainya, walaupun mungkin itu kelemahan Khalid tapi nampak tak berapa kena untuk didedahkan secara terbuka macam tu, lain la kalau Khalid ada buat salahlaku ataupun seleweng harta rakyat. Maksud aku langsung tak logik Anwar beraksi macam tu melainkan dia ada agenda lain.

Yang menariknya, Khalid bersahaja 'lawan' Anwar balik. TheMalaysianInsider semalam melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan. - TMI.
Khalid berani kata macam tu kepada Anwar pasai memang dia ada alasan sendiri yang dia pernah cerita sebelum ni.

Sinarharian pada 14 April 2013 ada siarkan wawancara dengan MB Selangor yang antara lain Khalid ada kata:
Kita juga telah tunjukkan bagaimana pengurusan simpanan negeri. Salah satu indikator untuk menunjukkan sama ada negeri ini dapat mengurus kewangan dengan lebih baik ialah bagaimana dia dari segi pendapatan dan juga perbelajaan dan hasil. Walaupun pendapatan meningkat, perbelanjaan juga meningkat. Tetapi ia juga mesti meningkatkan simpanan negeri, jadi kita telah menunjukkan sejak 2009, daripada RM1.3 bilion kita punya rizab sekarang sudah meningkat sehingga hampir RM2.7 bilion. Ini semua menunjukkan kita tidak mengurangkan perbelanjaan. Kita juga memperhebatkan pendapatan hasil dan dengan cara itu, apa yang boleh kita katakan, pentadbiran kewangan negeri itu membesar, jadi kita telah tunjukkan bagaimana perbelanjaan itu dapat dilakukan.

Dan dari segi perbelanjaan untuk kebajikan, dalam lima tahun, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM700 juta berbanding saya cuba tengok dalam lima tahun daripada 2004 sampai 2007, 2008 yang sebelumnya, jumlah yang diagihkan dalam bentuk kebajikan kepada rakyat tidak lebih daripada RM250 juta.

Jadi bila kita bandingkan kita belanja banyak, simpanan kita pun banyak. Jadi maknanya dua-dua indikator kita itu menunjukkan kita lebih baik dari lima tahun sebelum ini... 10 tahun sebelum ini, ekonomi itu masih lagi tidak besar. Jadi bererti pemilihan rakyat untuk PR betul. Maknanya mereka mahu peningkatan pengurusan sumber negeri dan peningkatan dalam cara negeri itu dikendalikan, mereka dapat indikator-indikator yang ada sekarang ini. Jadi kita sudah memperkenalkan garis asas, jadi sesiapa yang akan datang mereka kena melepasinya. Dulu tak ada. Dulu tiada, dulu bila saya masuk, saya tak ada angka-angka itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi itu satu penanda aras?

TAN SRI KHALID IBRAHIM: Ya, ia satu penanda aras. Kita sudah meletakkan penanda aras. - Sinarharian.
Apa pun, tahniah untuk Khalid Ibrahim pasai berani lawan Anwar. Payah sangat kut nak jumpa pemimpin PKR yang berani lawan cakap Anwar, tambah-tambah dalam keadaan kerusi MB yang dia pegang boleh terlepas ke tangan orang lain kalau itu kemahuan Anwar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...