Apa pun, aku yakin abu mayat Chin Peng dah pun masuk ke dalam negara kita ni. Tara beras pun ada yang boleh seludup masuk guna kontena takkan abu mayat takat sepasu tak boleh nak diseludup.
Bernama melaporkan:
Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya. - Bernama.
Memang lawak la Ketua Polis Negara ni. Dah takdak hujjah nak lawan pasai takmau bagi jugak abu Chin Peng di bawa masuk, terpaksa guna undang-undang yang tak berkaitan. Memang takut sungguh la depa kat Chin Peng, sampai dah jadi abu pun depa gerun.
Bernama juga melaporkan:
"Sesiapa yang nak membawa apa juga 'remains' atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.Memang la berkaitan pasai abu mayat memang la boleh ditakrifkan sebagai 'remains' tapi yang heboh dok bincang tak bagi walau abu Chin Peng pun masuk Malaysia tu atas sebab kominis dan yang bersangkutan dengannya.
"Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini Jumaat. - Ibid.
Yang lagi lawaknya KPR takmau jugak bagi abu mayat Chin Peng masuk pasai takut ada penyakit berjangkit.
Setakat ni aku tak pernah lagi dengar ada penyakit berjangkit melalui abu mayat, tapi mingkin pasai perubatan memang bukan bidang aku, mungkin jugak ada. Tapi kalau pun ada tentu ada cara macamana nak scan abu tu untuk pastikan ada penyakit berjangkit ataupun tak.
Kalau kompom takdak apa lagi helah bangang dari KPN nak halang abu mayat Chin Peng dari dibawak masuk.
Apa pun, aku yakin abu mayat Chin Peng dah pun masuk ke dalam negara kita ni. Pasainya bukan susah pun takat nai bawak masuk abu. Tara beras epa boleh seludup masuk guna kontena takkan abu mayat takat sepasu tak boleh nak diseludup.
Tara senjata api macam pistol pun boleh lepas walaupun kat sempadan ada scanner, inikan pulak abu mayat yang tentu punya scanner tak boleh detect.
Tambah-tambah pulak abu mayat Chin Peng diagih-agihkan dikalangan keluarga dan rakan seperjuangan. MalaysianInsider melaporkan:
Keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia, menyebabkan ianya akan diagihkan kepada anak, cucu dan rakan seperjuangannya di Bangkok hari ini. - TMI.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis