Isu tanah PRK Kuala Besut: Fakta yang Umno tak cerita... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 18, 2013

Isu tanah PRK Kuala Besut: Fakta yang Umno tak cerita...

Untuk 'halal'kan kerja celaka tu depa kata rakyat pun dapat tanah walaupun sebenarnya yang rakyat dapat cuma sekangkang kera tapi yang Adun Umno BN dapat mungkin boleh buat zoo untuk kera 1Malaysia.

Harakahdaily melaporkan:
Mengikut amalah yang diterima pakai oleh semua kerajaan negeri, adalah suatu tindakan yang tidak beretika jika menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya atas apa alasan sekalipun.

Bekas Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Datuk Tengku Hassan Omar berkata, wakil rakyat bukan sahaja tidak boleh dianugerahkan tanah, malah memohon pun tidak dibenarkan. - Hrkh.  
Memang dari segi undang-undangnya tak salah pasai undang-undang tu ahli politik Umno BN yang bertang dan luluskan tapi dari segi etika dan moral bukan setakat sangat-sangat salah tapi dah sampai tahap cekala pasai ramai sangat rakyat yang miskin yang takdak tanah untuk tapak rumah sekali pun.

Untuk 'halal'kan kerja celaka tu depa kata rakyat pun dapat tanah walaupun sebenarnya yang rakyat dapat cuma sekangkang kera tapi yang Adun Umno BN dapat mungkin boleh buat zoo untuk kera yang ada di seluruh Malaysia.

Sumber: Bo Squad
Untuk lagi bagi kerja celaka tu 'halal' depa kata masa PAS perintah Terengganu dulu pun ada wakil rakyat dapat beratus ekar tanah. memang betul ada yang dapat tapi depa tutup detail pasai apa wakil rakyat PAS tu kerajaan PAS bagi.

Harakahdaily juga melaporkan:
Tengku Hassan yang juga Adun Ladang turut menempelak kenyataan Ahmad Said yang mendakwa bahawa kerajaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004 lalu juga pernah berbuat perkara sama.

Katanya, PAS tidak pernah menganugerahkan tanah kepada individu dikalangan wakil rakyatnya.

Beliau berkata, mungkin Ahmad merujuk kepada isu pemberian tanah projek limau madu di Durian Mentangau kepada satu syarikat yang dimiliki oleh wakil rakyat PAS.

Syarikat tersebut, Imbasan Padu Sdn Bhd dimiliki secara bersama bekas Adun Ledang Dr Sulaiman Abdullah dan isterinya Dr Halimah Zakaria.

Ianya adalah antara sembilan syarikat yang memohon lot tanah dari 28 lot keseluruhan untuk mengusahakan projek tersebut.

Bagaimanapun Imbasan Padu adalah satu-satunya syarikat yang tidak diluluskan oleh kerajaan BN sebelum itu.

"Syarikat ini cukup syarat dan telah pun diberi kebenaran untuk masuk ke tanah ini, namun kemudian tidak diluluskan kerana atas alasan syarikat orang PAS.

"Bila PAS mengambil alih pemerintahan negeri pada hujung 1999, PAS memberikan kelulusan kepada syarikat ini memandangkan keperluan untuk projek ini diteruskan," katanya.

Pemberian kepada syarikat ini jelasnya berbeza dengan pemberian kepada empat individu wakil rakyat BN di Besut yang dibuat kerajaan Ahmad Said sekarang ini. - Ibid.
Cumanya, walaupun ada logiknya pencerahan ni tapi bagi aku tetap tak kena Adun PAS tu dapat tanah tu. Itu 'harga yang wakil rakyat kena bayar' untuk jadi wakil rakyat yang berintegriti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...