Aksi bapak munafiq politik di parlimen hari ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 24, 2013

Aksi bapak munafiq politik di parlimen hari ni?

Aku rasa kalau Abdul Aziz dan Wan Omar, pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR pun ada sama kat dalam dewan tu, dengan depa celaka berdua tu pun Anwar akan bergurau senda jugak.

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan petang ini berkata, Seramai 32 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

Seramai 29 lelaki dan tiga orang wanita yang ditahan itu termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim. - Mkini.   
Aduka Taruna tulis dalam facebook dia:
Gua melihat sendiri bagaimana Syauqie APBM merempuh 'polis tanpa uniform' yang sedang mengasari aktivis wanita cina. Kemudian menyebabkan dia dibelasah teruk oleh polis uniform.

Gua melihat polis uniform menumbangkan Safwan. Safwan tidak melawan dan sedia ditangkap. Tetapi, jurukamera tiba2 ambil peluang membelasah, atas nama polis, menyebabkan gua terpaksa melawan.

Hancur kamera tu akibat ditarik aktivis. Sedangkan pelakunya lari ke belakang dengan perlindungan polis uniform.

Aktivis Royalti, Mohd Adnan juga luka di kelapa akibat diserang jurukamera secara tiba2. Semuanya mendapat perlindungan polis uniform.

Ini adalah permulaan. Fahaman aktivis hidup dengan darah dan peluh. Fahaman politikis hidup dengan air liur dan pakaian. - FB Aduka.
Kalau tengok ke ucapan Anwar Ibrahim macam kat bawah ni, bunyi semangatnya macam kalau dia jumpa Najib paling kurang pun lebam kena belasah kut.




Yang ni ucapan penuh dia.

Tapi realiti kejadiannya, boleh pulak dia bersenda gurau dengan Najib kat dalam dewan berair-cond banggunan parlimen depan hidangan berstatus bangsawan.

Kalau takat masuk parlimen untuk angkat sumpah pasai takmau 'derhaka kepada Agong', rakyat yang berhimpun di luar bangunan parlimen boleh terima lagi kut walaupun depa berhimpun tu di bawah terik matahari dan perit hidung sedut udara berjerubu.

Tapi kalau dah sampai sanggup bergurau senda dengan Najib sedangkan rakyat diluar terpaksa bertempur dengan polis sampai ada yang lebam muka dan ada yang patah kaki kena, itu dah boleh dikira aksi seorang munafik yang kononnya bersama rakyat menentang penipuan pilihanraya oleh Umno BN yang diketuai oleh Najib Rosmah tu.


Aku rasa kalau Abdul Aziz dan Wan Omar, pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR pun ada sama kat dalam dewan tu, dengan depa celaka berdua tu pun Anwar akan bergurau senda jugak.

Elok sangat kut aku kopipes sekali lagi lagu SPR BANGSAT dendangan budak-budak anarchy yang aku post semalam.



"SPR bangsat hoiii... PR pun bangsattt..."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...