Jadinya, kepada semua yang berniat nak turun pada 25 Mei ni aku harap hangpa buat persediaan yang cukup pasai kebarangkalian untuk berjumpa dengan geng topi merah kali ni memang cukup besar.
Harakahdaily melaporkan:
Gabungan NGO yang menamakan kumpulan mereka sebagai Suara Rakyat 505 akan melancarkan Pesta Himpunan Rakyat besar-besaran di Padang Amcorp, Petaling Jaya, 25 Mei ini.
Jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shaharin berkata, pesta tersebut bagi menuntut hak demokrasi dikembalikan kepada rakyat. - Hrkh.
Takkan kut sampai macam tu sekali, terpaksa guna guna istilah sampai tahap lawak macam tu sekali, teruk sangat dah ka Malaysia ni. Takkan kut pasai Adam Adli dah kena tahan, terpaksa 'buat lawak' sampai macam ni.
Tapi mungkin jugak kut pasai Nik Nazmi kena tahan baru ni kut yang mungkin mengakibatkan ramai YB yang tak berani nak rapat himpunan 505 ni, takut gelaran YB depa terlucut.
Tapi realitinya, gunalah apa nama sekalipun aku yakin pihak keselamatan takkan tertipu, gunalah apa nama sekalipun depa akan tetap jugak anggap himpunan tu himpunan untuk gulingkan kerajaan.
Tak kira apa jugak kita kata tujuan himpunan tu aku yakin pihak polis takkan tertipu, depa tetap akan anggap tujuan himpunan tu adalah untuk menggulingkan kerajaan.
Harakahdaily juga melaporkan:
Beliau turut menolak sekerasnya dakwaan bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan.Jadinya, kepada semua yang berniat nak turun pada 25 Mei ni aku harap hangpa buat persediaan yang cukup pasai kebarangkalian untuk berjumpa dengan geng topi merah kali ni memang cukup besar. Cumanya aku tak pasti depa ada bawak atau tidak water canon dan gas pemedih mata.
"Istilah Malaysian Spring atau menggulingkan kerajaan itu ialah perang saraf untuk menakut-nakutkan rakyat. - Ibid.
"Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya untuk mengembalikan demokrasi," katanya yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). - Ibid.
Walaupun aku memang ketagih nak rasa sekali lagi air kimia dan gas pemedih mata tapi rasanya kali ni aku tak turun sama kut. Semenjak umur dah cecah 40an ni kepala otak banyak sangat tapinya... hahaha...
Tapi kalau ada geng satu kepala menarik jugak kalau turun ni...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis