Mertua Safwan memang terbaik... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 03, 2012

Mertua Safwan memang terbaik...


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri. - Hrkh.
Malaysiakini pulak melaporkan:
Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.
Macam-macam versi keluar pasai kejadian berdarah di depan UPSI pada malam tahun baru lepas. Di pihak mahasiswa dan yang menyokong kebebasan berhimpun, polis dikatakan bertindak ganas keterlaluan sampai mencederakan beberapa orang mahasiswa sampai tahap 'nazak'.

Di pihak polis dan penentang kebebasan berhimpun, mahasiswa yang cedera tu didakwa cedera pasai terlanggar cermin klinik sampai cermin pecah.

Cerita sebenar cuma yang terlibat yang berkenaan saja yang tau, yang berada ditempat kejadian pun mungkin taktau sepenuhnya senua episod malam tu, dia cuma tau apa yang dia nampak saja.

Memang munasabah ada yang tercedera sebab terlanggar cermin tapi aku yakin ada jugak yang tercedera pasai dibelasah polis.

Polis katanya ada buat rakaman, masalahnya mungkin ada insiden yang pihak polis tak rakam ataupun kalau rakam sekali pun mungkin takkan disiarkan.

Kalau ikut perundangan, beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh maknanya pihak mahasiswa yang berdemonstrasi perlu membuktikan memang polis bertindak ganas.

Di pihak polis pulak memang berupaya nak tunjukkan bukti yang depa tak bertindak ganas tapi itu tak boleh dijadikan bukti yang takdak anggota polis yang bertindak ganas.

Bagi yang tak tengok lagi video kat bawah ni, elok tengok terutama sekali di bahagian akhir, komen dari mak mertua Safwan, memang kelas... Mampoh Amnuuu... Hah haaa...






Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...