Malaysiakini melaporkan:
Semua ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet dalam masa sebulan lagi, umum Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.Memang gila la Lim Guan Eng ni berani buat tindakan sampai macam tu. Aku cukup sokong tindakan yang melambangkan ketelusan macam tu. Cumanya tindakan tu menjadikan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain ketinggalan jauh sangat di belakang.
Selain itu, beliau juga mengumumkan enam langkah integeriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih bertujuan bukan sahaja membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru kepada rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.
penang dap convention 111211 1“Parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.
“Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?
“Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun,” kata Lim pada ucapnnya semasa Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai, hari ini. - Mkini.
Menteri Besar dan Exco Selangor sebelum ni pun ada buat pengistiharan harta tapi kalau tak silap aku pengistiharan tu cuma setakat kepada Menteri Besar saja.
Yang buat aku terkilannya, pasai apa sampai sekarang aku tak pernah dengar peristiharan harta Menteri Besar dan Exco Kelantan walaupun PAS dah 5 penggal terajui pemeringahan di Kelantan. Kalau di Kedah tak dengar aku tak heran sangat pasai aku rasa kalau ditanya, Ust Azizan mungkin bagi alasan nak tengok dulu pelaksanaan di Kelantan macam isu hudud jugak.
Merdekareview baru-baru ni pada 5 Disember melaporkan:
Mat Sabu berkongsi kekecewaan dan keresahan dirinya, ketika mengupas senario politik selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat berjaya memerintah di empat negeri (tidak termasuk kerajaan negeri Perak yang dirampas kuasanya oleh BN pada tahun 2009), dengan kerajaan negeri Kedah dan Kelantan didominasi PAS. Namun demikian, pemerintahan DAP lebih menampilkan integriti berbanding PAS, menurut penilaian Mat Sabu.Malaysia Today pada 3 April 2008 dulu melaporkan:
Apa yang membimbangkan beliau, "kecenderungan anak Islam untuk menyertai DAP terlalu tinggi", antaranya kerana tertarik dengan kewibawaan integriti yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar kiri) dalam pemerintahannya, kata Mat Sabu. Beliau menjelaskan, meskipun secara peribadinya Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan melahirkan integriti contoh dalam mendapat kuasa, namun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk umum, iaitu EXCO-EXCO dan pemerintah di Kelantan.
"Oleh itu, kalau kita tidak berani melahirkan pemerintah yang berintegriti bila kita berkuasa nanti, kita bimbang PAS betul-betul ganti UMNO," sindirnya berlapik ke atas slogan "PAS ganti UMNO", sebelum meneruskan, "Unsur ganti UMNO itu memang ada sekarang, di atas sifat 'hak saya untuk dapat itu'..." - Merdekareview.
(Harakah) - Semua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah lima negeri mesti menubuhkan badan Hisbah untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.SiasahDaily pula pada 19 Ogos 2009 melaporkan:
"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim tentang keputusan untuk mengisytiharkan harta Menteri Besar serta Exco-exco kerajaan negeri itu serta keluarga mereka.
Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan. - Malaysia-Today
KUALA LUMPUR : Negeri-negeri Pakatan rakyat digesa mempercepatkan penubuhan jawatankuasa hisbah untuk memastikan pentadbiran kerajaan benar-benar bersih daripada segala penyelewengan.(Gambar kat atas tu adalah Allahyarham Ust Idris Osman, Pesuruhjaya HISBAH Terengganu yang pertama yang berasal dari Parit Buntar)
Desakan supaya melaksanakan langkah tersebut semakin hebat disuarakan oleh penyokong Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini ekoran tersebarnya pelbagai khabar angin tentang cara pentadbiran yang tidak memuaskan di negeri Pakatan Rakyat sekaligus mengundang kegelisahan ahli bawahan.
Selain itu, penubuhan hisbah juga disifatkan amat perlu ketika ini untuk menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat mewujudkan sebuah pantadbiran yang telus dalam memegang amanah rakyat serta membezakan cara memerintah dengan Barisan Nasional.
Tuntutan kearah mewujudkan jawatankuasa hisbah turut disentuh oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang menggesa rasuah mesti dihapuskan secara total dinegeri Pakatan Rakyat dan memeranginyas mesti dijadikan keutamaan.
Walaupun tidak menyebut secara khusus mengenai penubuhan jawatankuasa hisbah, Nasruddin berkata kerajaan Pakatan Rakyat mestilah menggunakan kuasa semaksima mungkin yang ada demi melahirkan sebuah negeri yang baik termasuk melalui cara penguatkuasaan peraturan atau undang - undang . - SiasahDaily.
Berkaitan
- Anda Islam? Anda pilih kepentingan rakyat atau 'asabiyyah kepartian?
- Kerajaan empat negeri digesa contohi Pulau Pinang - Harakahdaily
- Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tubuh badan Hisbah - Harakahdaily
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis