Semalam aku salin tampal 15 soalan cepumas yang sesuai ditanyakan kepada puak-puak punchachai Umno.
Ada mamat penchachai Umno mana tah yang guna nama pyan tulis komen. Bersemangat si penchachai Umno sekoq ni, sanggup buat ID blogger semata-mata nak komen. Aku agak penchachai sorang ni cyber troopers Umno yang komen rata blog lepas tu claim bayaran kat Umno.
Nampaknya memang sah mamat yang guna nama pyan ni terkedu tak mampu nak jawab 15 soalan cepumas tu. Dah la tak jawab soalan tu boleh pulak dia bagi 11 soalan suruh aku jawab. memang dasar penchachai Umno, terserlah bangangnya.
Apa pun, aku cuba jawab soalan-soalan dia tu setakat yang aku mampu dan setakat yang aku tau kat bawah ni.
1. Ahli parti manakah yang mengkafirkan orang Islam lain?
Jawapan aku: Hang pernah dak tengok video debat olok-olok yang Dr. Mahathir suruh para penchachai Umno buat? Kalau hang belum tengok elok hang tengok dulu. Kalau hang dah tengok, aku yakin hang tak gamak nak tanya soalan bodoh ketinggalan zaman macam ni.
2. Ahli parti apakah yang mengagungkan seorang pemimpin peliwat dan penzina?
Jawapan aku : Bila dia dibuktikan sebagai peliwat dan penzina. Takkan hang tak ikut 'sitkom' perbicaraan kes liwat 1.0 dulu. Susah payah usun tilam bawak masuk mahkamah tapi tak diguna sebagai barang bukti lepas tu pulak boleh ubah tarikh kejadian, 2 kali pulak tu. Ditambah pulak si Agustine 'tak relevan' Paul yang jadi hakim. Takkan perbicaraan mengarut macam tu pun hang nak suruh orang percaya. Lagi satu, agak-agak sapa yang berzina di PD dan suruh letupkan minah Monggolia guna C4.
3. Negeri manakah yang mengalami masalah air bersih paling teruk?
Jawapan aku : Hang tentu nak aku jawap negeri Kelantan kan, tapi masalahnya dari segi faktanya negeri yang paling tercemar air dengan e-coli adalah negeri Pahang, negeri PM Najib Rosmah. Pasai isu air Kelantan elok yang tengok klip ni.
4. Parti manakah yang memerintah sebuah negeri yang lebih 80% orang Islam tetapi tak pernah bina masjid?
Jawapan aku: Ada ka negeri kat Malaysia ni yang tak pernah bina masjid? Kalau nak kata Kelantan tak logik pulak pasai Kelantan ada buat Masjid Beijing yang terkenal tu dengan rekabentuk cina di Rantau Panjang. Takkan taktau?
5. Siapakah pemimpin yang boleh melupuskan dosa seorang lain yang bersekedudukan dengan isteri orang dalam kereta api?
Jawapan aku: Tak pernah pulak aku baca/tengok bukti dakwaan tu. Yang ada cuma dakwaan fitnah dari sorang 'ustaz' Umno yang juga Pengerusi JKKK yang kantoi melalui blog penchachai Umno dan sampai ke sudah depa tak bagi bukti yang depa kata depa ada.
6. Sipakah yang memulakan sembahyang 2 imam dalam satu masjid dalam masa yang sama?
Jawapan aku: Bab ni aku pun ada dengar tapi sampai sekarang tak pernah ada bukti. Takkan bukti mengarut macam yang blogger penchachai Umno bagi tu hang nak terima kut. Memang soheh gambar yang depa sebarkan tu sebenarnya gambar ahli jamaah sedang buat solat jama' selepas solat berjamaah sembahyang sebelumnya.
7. Siapakah yang merampas tanah rakyat untuk dibuat Ladang Rakyat tetapi untuk tauke Cina?
Jawapan aku: Tanah kat mana ni? Yang aku tau dan soheh di Bukit Tinggi sebuah bukit di bagi kepada tokey judi. Macam tu jugak tanah untuk kilang Perak Hanjong. Tanah rizab melayu tu terlepas ke tangan cina sapa punya kerja..
8. Kumpulan manakah yang tidak pernah bersyukur atas kemudahan yang diberikan?
Jawapan aku: Soalan ni bunyi pelik sikit. Pasai apa pulak nak kena bersyukur atas kemudahan yang dibagi? Takat berterima kasih ok la. Pada aku bersyukur cuma layak kepada Allah saja. Lagipun, takkan pulak kut kita nak bersyukur kepada orang yang tolong kita menggunakan sebahagian kecil dari duit yang dia rembat dari kita?
9. Puak-puak manakah apabila berceramah asyik hina dan caci orang lain dari mula salam sampai habis ceramah?
Jawapan aku: Hang pernah kut dengar ceramah Ust Mat Nor Derus dan Ust Kamal Saidin? Depa ni ada yang kata memang tak sah kalau ceramah tak caci dan hina orang.
10. Parti manakah yang dulu kata orang Islam tak boleh sokong orang kafir jadi pemimpin tetapi sekarang dialah pengampu Parti Cauvanic Ultra Kiasu Cina?
Jawapan aku: Aku mushkil sikit, ada ka parti yang Cauvanic Ultra Kiasu Cina? Kalau parti yang Cauvanic Ultra Kiasu Melayu memang sah ada.
11. Parti manakah yang takut YB lari lompat parti dengan adakah "Baiah Talakkan Isteri"?
Jawapan aku: Yang ni memang sah PAS ada buat. Cumanya, tak salahpun buat baiah macam tu. Lagipun, tak tara mana kut kalau nak banding dengan parti yang kepung wakil rakyat depa takut lompat sampai tahap terpaksa bawa lari sampai ke Korea. Dengar khabar anginnya sampai tahap diugut dengan ISA lagi.
Apa pun aku tak setuju langsung dengan spesais katak ni. Tak kira la dari pihak belah mana pun. Puak-puak yang melompat ni memang jenis takdak integriti, termasuk la jugak yang jadi pelobi untuk acara lompat melompat ni dan aku tak pernah bersutuju dengan plan 16 Septembar tu, nasib baik la tak jadi...
Ish! Habih dah rupanya soalan. Tak la susah sangat soalan hang. Aku suka nak dengar lagi 40 soalan tu. Tapi sebelum bagi 40 soalan tu, hang kena la jawab dulu 15 soalan aku sebelum ni.
Gambar kat atas tu cuma gambar hiasan, dan aku yakin bukan gambar mamat yang guna nama pyan tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis