Najib memang hebat kalau berani bubar parlimen bulan 11 ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 07, 2011

Najib memang hebat kalau berani bubar parlimen bulan 11 ni


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13. - TMI.
Desas desus khabar angin bertiup kencang yang kata Najib Rosmah akan umumkan pembubaran parlimen sabaik balik dari mengerjakan Haji. Betul atau tak, kita sama-sama tunggu.
   
Kalau betul Najib bubarkan parlimen tahun ni maknanya Najib memang berani untuk hadapi kebangkitan lagi sekali anak muda melalui PROTES walaupun dia dah tengok sendiri keberanian anak muda yang turun ke jalanraya masa Himpunan BERSIH 2.0 dulu.
   
Dengan mengadakan pilihanraya sebelum Jawatankuasa Khas Parlimen selesai bersidang seolah-olah mencabar seluruh peserta BERSIH 2.0.
 
BERSIH 2.0 tak tuntut pun Jawatankuasa Khas Parlimen tu tapi kalau jawatankuasa khas yang Najib sendiri cadangkan pun dia tak boleh nak hormati maknanya Najib seolah-olah menghina anak muda yang ramai-ramai turun masa BERSIH himpunan BERSIH 2.0 Julai lepas.

Aku yakin himpunan PROTES kali ni akan jadi lebih besar berbanding BERSIH 2.0 dulu. Anak-anak muda yang dah ada pengalaman Bersih 2.0 dulu tentu punya akan turun lagi kali ni. Dan tentunya depa-depa tu akan tarik lebih ramai rakan sebaya depa untuk turun sama kali ni untuk sama-sama merasa gas pemedih mata penyesak dada dan air kimia.

Apa pun, aku sebenarnya tak yakin Najib akan buat pilihanraya hujung tahun ni. Memang tak masuk dek akal. Hampir semua usaha yang Najib buat untuk tarik balik sokongan kepada Umno BN nampaknya kurang berjaya.

Malah Bajet 2011 yang cukup pemurah tu pun majoriti rakyat tengok dengan penuh prasangka. Walaupun penuh dengan gula-gula tapi rakyat nampaknya tak teruja.

Macam tu jugak usaha terakhir Najib Rosmah yang sanggup ketepikan keselesaan hidup dengan pi buat kerja haji pun nampak gayanya dipandang dengan penuh meluat oleh sebahagian besar rakyat yang terdedah dengan media baru. Orang lebih bercerita pasai jumlah bodyguard Najib di Mekah.

Tapi kalau betul Najib umumkan jugak pembubaran parlimen dan buat pilihanraya hujung tahun ni maknanya Najib memang betul-betul berani.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...