Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.Apa sebenarnya 'kepentingan universiti' yang Dr. Aziz Bari ceroboh dengan kenyataan kontroversi dia sebelum ni. Aku tak nampak kepentingan lain melainkan kepentingan untuk pastikan Umno BN bersama 'anjing peliharaan Umno' terus berkuasa dan buat apa saja yang depa suka.
Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". - Mkini.
Dengan tindakan UIAM tu memang nampak semakin jelas, puak-puak 'si anjing Umno' yang bersepah di UIAM memang berusaha untuk jadi pengampu Umno BN dan dalam masa yang sama nak bersihkan UIAM dari trerus dianggap sebagai pak yet Anwar.
Yang positifnya kesan tindakan UIAM tu, mahasiswa bangkit menentang, macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.Semalam dilaporkan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) mempertahankan Dr. Aziz Bari.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".
"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat. - Mkini.
Nampak gayanya, tanda-tanda Umno BN akan dikuburkan semakin jelas. Dengan perkembangan macam ni aku yakin semakin ramai yang akan ambil tindakan menghukum Umno BN dalam PRU akan datang.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis