Portal JPN diselenggara untuk buang bukti pengundi hantu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 10, 2011

Portal JPN diselenggara untuk buang bukti pengundi hantu?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tiga nama yang didedah Dewan Pemuda PAS semalam yang memiliki Kad Pengenalan Hijau (penduduk sementara) dan didaftar sebagai pemilih, hari ini didakwa "lesap" dalam sistem semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Maklumat ketiga-tiga mereka seperta dalam semakan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:

Kad Pengenalan: 880306115096
Nama: NUMI BINTI SYUKRI
Lokaliti: KG BUKIT PAYUNG
Daerah Mengundi: MUKIM TENANG
DUN: HULU BESUT
Parlimen: BESUT
Negeri: TERENGGANU

Kad Pengenalan: 820315126446
Nama: HASMIDAH BINTI SURAHBIL
Lokaliti: TMN BAIDURI JAYA
Daerah Mengundi: BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
DUN: SEMENYIH
Parlimen: HULU LANGAT
Negeri: SELANGOR

Kad Pengenalan: 840803125475
Nama: JAMALUDDIN BIN TAHIR
Lokaliti: TMN UNIVERSITI/TMN TROPIKA
Daerah Mengundi: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DUN: BANGI
Parlimen: SERDANG
Negeri: SELANGOR

Ketiga-tiga individu itu sewaktu disemak pagi semalam mempunyai rekod permohonan JPN sebagai pemegang kad pengenalan hijau, namun hari ini statusnya tidak dapat dikenal pasti sama ada masih berstatus penduduk sementara atau sudah bertukar.

Ianya ekoran sistem semakan di JPN didapati bertukar-tukar status bermula dari kad pengenalan hijau semalam, tiada dalam rekod pada awal pagi tadi, kemudian betukar kepada ungu (tidak diketahui statusnya) sehingga terbaru langsung tidak dapat disemak kerana portal semakan tersebut didakwa sedang diselenggara. - Hrkh.


Macam yang aku tulis sebelum ni, aku harap JPN buat penyelenggaraan ni termasuk kerja-kerja kemaskini database untuk portal online ni. Tu pun kalau betul la database online ni tak "auto synchronize" dengan data JPN yang sebenar, macam yang SPR 'si anjing Umno' tu kata data untuk online tu tak dikemaskini.

Lagi satu, macam aku tulis sebelum ni, aku harap sangat kalau dibuat kemaskini, JPN tak buat kemaskini dengan data daftar pemilih SPR.

Tapi kalau ikut apa yang Harakahdaily laporkan tu, nampak macam JPN kemaskini dengan data SPR bukan dengan data sebenar JPN.

Apa pun, kita sama-sama tengok bila portal tu siap dikemaskini yang tah bila tak pulak dibagitau.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...