Mat Sabu pun tak faham kaedah baru Daftar Pemilih? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 07, 2011

Mat Sabu pun tak faham kaedah baru Daftar Pemilih?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
   
"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.
 
"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap. - Hrkh.
Memang nampak gayanya macam tu la, Selangor memang tak berapa nak selamat dan aku tak heran kalau Selangor jadi macam Terengganu dulu, PR cuma memerintah untuk satu penggal saja. Kalau tengok patternnya hampir nak sama macam di Terengganu sebelum PRU 2004. Malah aku tak heran kalau peratus keluar mengundi di Selangor ada yang melebihi 90%.

Yang aku mushkilnya bila laporan tu juga menyebut:
Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'. - Ibid.
Aku harap statement tu bukan statment dari Mat Sabu tapi statement penulis laporan tu sendiri. Pasainya statement tu menunjukkan orang yang cakap tu memang tak faham kaedah baru Daftar Pemilih. Bukan baru sangat pun, dah nak dekat 10 tahun dah dilaksanakan, kalau tak silap aku semenjak 2002 dulu.

Memang sepatutnya pun status tu bertukar. Mula-mula status 'sedang dalam pameran' pasai Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ke-2 2011 tu dalam tempoh semakan dan bantahan yang bermula 27 Julai hingga 2 Ogos 2011. Memang sepatutnya pun status tu berubah selepas 2 Ogos 2011 dan memang tak salah la status tu diubah ke 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'. Mungkin kut maksud status tu termasuk proses siasatan dan perbicaraan awam kalau ada bantahan.

Jadinya aku nak nasihatkan kepada semua yang ghairah sangat nak tunjukkan Umno BN dan para 'si anjing Umno' tu khianat, sial dan yang sama waktu dengannya, jangan la terlebih sangat, jangan la semberono sangat, buat malu ja nanti. Biar la berfakta dan tak bercanggah dengan fakta.

Aku harap jugak editor Harakahdaily peka dengan benda-benda macam ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...