Kalau setakat dia belasah Azmin, tu biasa. Memang selalu sangat dah MSK belasah terutama sekali semenjak panas kempen pemilihan PKR tahun lepas. Aku langsung tak heran kalau setakat dia belasah Azmin, kalau dia belasah Anwar pun aku tak heran.
Tapi kali ni, bukan Azmin sorang yang kena, tapi PAS, PKR dan DAP semua kena sekali harung. Padan muka!!
Di hujung posting tu MSK tulis:
Lagi satu yang aku kata tak dak akai…pasai apa PKR beli satu set. Pas beli satu set. DAP beli satu set. yang kaya SPR. tak boleh ka beli satu set, dan kemudian share diantara tiga parti? Kalau RM48,000 bahagi dengan tiga, cuma RM16,000 saja.Memang bangang. Buta-buta ja SPR dapat dekat-dekat RM2juta. DPI2010 dah keluar, lagi dekat RM2juta pulak SPR akan sapu.
Semasa SPR menerbitkan Daftar Pemilih Induk Disember 2009, terdapat 40 individu atau parti yang membeli Daftar Pemilih tersebut. RM48,000 * 40 = RM1.92 juta SPR buat duit. Mengapa tidak Pakatan beli satu set, kemudian bagi free kat semua orang? - MalaysiaTimes.
Aku setuju sangat dengan MSK. Awat la tak Pakatan Rakyat yang beli. Dah tentu-tentu boleh jimat RM96,000, lepas tu bagi free link untuk download. Lagi cantik kalau boleh kongsi sekali keputusan pilihanraya terpeinci mengikut saluran.
Aku yakin, kalau buat macam tu ramai yang akan download dan tolong buat analisa. Ramai orang-orang yang pakar IT yang biasa buat analisa angka-angka kat luar sana yang tak terlibat dengan mana-mana parti yang sokong Pakatan Rakyat yang banyak masa terluang.
Depa-depa ni tentu punya teruja nak buat analisa kalau boleh dapat data tu dengan mudah. Tentu punya depa akan dengan seronok berkongsi hasil analisa depa.
Paling kurang pun, bagi yang berasal dari kampung depa boleh tolong buat analisa untuk UPU kampung depa.
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis